Alhamdulillah. Setelah hampir hampir seminggu suhu badan anak saya turun naik, setiap malam berjaga-jaga supaya tak ada kejadian buruk berlaku seperti yang lalu akhirnya anak semakin sihat. Kasihan melihatnya terpaksa diambil darah untuk diuji setelah lebih 3 hari suhu badannya masih tak turun-turun. Mujur tiada denggi, malaria atau apa-apa virus bahaya lain yang dikesan. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi mendoakan kesihatan anak saya. Tak dapat saya sebutkan nama-nama anda semua disini dan tak dapat saya membalasnya. Hanya ucapan terima kasih sahaja yang dapat saya berikan. Moga Allah memberikan kebaikkan berlipat kali ganda untuk anda semua.


Sekarang ni giliran saya pula untuk demam. Suami dan anak dah kembali sihat. Tapi tak mengapalah. Sekurang-kurangnya saya dah boleh tidur nyenyak. Kiranya sepanjang minggu ni, memang susah sangat nak senyum. Seluruh rumah semuanya masam sahaja, semasam buah cermai yang kami petik dikampung 2 minggu lepas.


Kali ini, saya cuma dapat tunjukkan gambarnya sahaja. Mungkin ada gunanya pada sesiapa yang tak pernah tengok bpokok cermai atau mungkin tak pernah tahu mengenai buah cermai. Nak cerita lebih-lebih, saya tak larat sekarang ni. Lain kali saya akan paparkan kaedah dan resepi membuat jeruk cermai seperti yang diajarkan oleh pemenang tempat pertama pertandingan jeruk anjuran Wanita UMNO kampung saya. Harap bersabar dahulu. Sekarang ni, kepala otak saya memang tak boleh berfikir.