Bagi sesiapa yang telah memohon untuk ke Tingkatan 4 di sekolah-sekolah teknik dan vokasional di Malaysia bagi sesi 2011, sekarang anda boleh menyemak keputusannya secara online di link yang saya masukkan dibahagian bawah entri ini. Tawaran kemasukkan ini berdasarkan keputusan percubaan PMR 2010 memandangkan keputusan sebenar PMR belum diumumkan lagi. Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang belum berjaya, masih belum terlambat untuk membuat rayuan.

Saya menjangkakan apabila keputusan sebenar PMR diumumkan, lebih ramai pelajar akan datang ke sekolah untuk membuat rayuan. Dan lebih ramai lagi yang belum memohon, tapi datang juga membuat permohonan dan terus membuat rayuan. Nak buat macam mana. Terpaksa la dilayan juga permohonan mereka dengan baik.

Biasanya pelajar yang tidak pernah membuat permohonan ke sekolah teknik dan vokasional ini, akan datang membuat rayuan kerana mereka menjangkakan keputusan PMR mereka lebih baik dan layak ke sekolah yang lebih mereka minati. Malangnya, jangkaan tak semuanya tepat. Bila keputusan PMR sedikit mengecewakan, barulah mereka mencari alternatif lain dan akhirnya memilih sekolah teknik dan vokasional.

Sila ambil perhatian mengenai kelayakan membuat permohonan ke sekolah teknik dan vokasional sebenarnya telah ditingkatkan memandangkan terlalu ramai yang memohon. Satu bidang sahaja menerima hampir 1000 permohonan sedangkan sebuah sekolah hanya boleh menerima kira-kira 40 orang pelajar sahaja untuk satu bidang tertentu. Jadi biasanya kami akan memilih yang terbaik dan pelajar yang benar-benar dapat menunjukkan minat dengan bidang yang dipilih.


Pelajar juga perlu memikirkan mengenai dana yang diperlukan apabila diterima memasuki sekolah teknik dan vokasional kerana banyak dana tambahan diperlukan terutamanya untuk uniform dan peralatan-peralatan sesuatu bidang yang dipilih. Tak perlu lah menyediakan berbagai alasan lagi sedangkan sewaktu rayuan mereka menyangupi apa sahaja syarat-syarat dan bayaran yang diperlukan.

Akhir sekali, saya harap pelajar yang ingin membuat rayuan supaya datang sendiri ke sekolah yang dipohon dan tunjukkan minat yang anda terhadap bidang yang anda pilih. Kalau boleh bawa sesuatu sebagai bukti minat anda. Kalau anda ingin belajar mengenai fesyen, tunjukkan anda boleh menjahit. Kalau anda ingin mengambil bidang katering, tunjukkan anda boleh memasak. Kalau nak bidang kejuruteraan, tunjukkan sesuatu yang anda reka. Jangan hanya janji mulut saja. Pendek kata, tak perlu la surat sokongan dari menteri atau tan sri. Apa gunanya anda diterima ke sekolah teknik dan vokasional sedangkan anda tidak boleh menerima ajaran yang berikan kerana ilmu anda tidak sampai ke tahap itu atau minat anda bukan terletak disitu.

Sekarang masanya menyemak keputusan permohonan ke sekolah teknik dan vokasional untuk kemasukkan 2011. Sila klik link dibawah ini.

http://apps.moe.gov.my/esptv/penawaran_2010/semak_tawar.cfm