Beberapa hari lepas saya telah menerima senarai pelajar yang akan ditempatkan di tingkatan 4 di sekolah saya. Seramai 130 orang telah ditawarkan untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan iaitu Fesyen, Katering, Seni Kecantikan dan Perkhidmatan dan Perkembangan Kanak-kanak. Diantara semua kursus yang ditawarkan, Katering adalah kursus yang akan menerima pelajar yang paling ramai sekali iaitu seramai 49 orang. Fesyen akan menerima 36 orang pelajar, Seni Kecantikan seramai 22 orang dan 23 orang selebihnya untuk Perkhidmatan dan Perkembangan kanak-kanak.



Pelajar yang telah membuat permohonan ke Sekolah Teknik dan Vokasional selepas keputusan PMR yang lalu, boleh la menyemak status permohonan secara online di halaman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun keputusan hanya boleh disemak selepas 18 Januari 2010 sahaja. Sekolah, tentulah menerima senarai lebih awal untuk membuat persediaan sebelum kemasukkan dan pendaftaran pelajar nanti. Saya telah meletakkan link untuk Semakan Keputusan Permohonan ke Tingkatan 4 Sekolah Teknik dan Vokasional apabila halaman webnya diumumkan oleh kementerian pelajaran.

Kepada yang berjaya, Tahniah saya ucapkan. Saya harap anda dapat belajar bersungguh-sungguh dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran seterusnya mencapai cita-cita yang diimpikan. Hargailah setiap peluang yang ada kerana anda terpilih sedangkan ramai lagi diluar sana yang terlalu ingin berada ditempat anda sekarang.

Untuk yang tidak berjaya, tidak perlu risau. Anda diberi peluang untuk membuat rayuan. Caranya mudah saja. Anda perlu ke sekolah yang dipohon dengan membawa salinan keputusan PMR 2010. Dapatkan borang rayuan dan isikan dengan lengkap dan serahkan kepada pegawai yang terlibat. Borang rayuan boleh didapati di sekolah-sekolah teknik/vokasional seluruh Malaysia.

Saya percaya, bukan semua yang ditawarkan ke Sekolah Teknik dan Vokasional ini akan menerima tawaran ini. Mungkin terdapat beberapa pelajar yang tidak akan hadir sewaktu pendaftaran dengan pelbagai alasan diantaranya menerima tawaran yang lebih baik, kedudukan sekolah dan asrama yang terlalu jauh dari rumah dan macam-macam lagi. Pihak sekolah tidak akan menghubungi pelajar-pelajar ini. Sekiranya pelajar tidak hadir, sekolah akan membuat kesimpulan pelajar tidak menerima tawaran ini. Tempat pelajar ini akan di ganti dengan pelajar lain yang telah membuat rayuan. Oleh itu peluang masih terbuka. Harap anda tidak berputus asa sebelum mencuba.

Get paid To Promote at any Location


Klik disini untuk Semakan Keputusan Permohonan ke Tingkatan 4 Sekolah Teknik dan Vokasional 2010