Tiga tahun lalu 2 orang anak saudara saya diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1. Malangnya tawaran itu ditolak mentah-mentah tanpa mendengar pendapat orang lain. Memang budak yang berumur 13 tahun tidak dapat membuat keputusan dalam hal seperti ini. Ibubapalah yang menentukan hala tuju anak mereka sendiri. Sayang, keputusan diambil tanpa pengetahuan saya. Apabila saya mendapat tahu hal ini, semuanya sudah terlambat.

Saya tak faham. Semua orang akan berasa gembira apabila mendapat tawaran kemasukkan ke MRSM. Tak dapat saya bayangkan, apa sebenarnya yang ibubapa mereka fikirkan. Tidakkah mereka mahu anak-anak mereka mendapat pendidikan terbaik? Alasan mereka, hanyalah wang. Memang benar, wang memang diperlukan untuk pendidikan anak. Kalau anak tak bersekolahpun, mereka tetap perlukan wang. Tapi ilmu memang tak boleh dibeli dengan wang.

Setahu saya, MRSM adalah sekolah elit yang paling jimat di Malaysia. Pelajar dijaga umpama anak emas. Segala perbelanjaan ditanggung. Guru-guru dan teknik pengajaran mereka lain dari sekolah-sekolah yang biasa. Setelah berjaya ke MRSM, mereka hanya mengeluarkan belanja untuk membeli keperluan biasa seperti pakaian, barangan kebersihan, duit kocek dan lain-lain. Tak perlu risau hal lain kerana semuanya disediakan dan MARA memang menghargai pelajar yang cerdik sehingga sanggup berbelanja besar untuk mendidik mereka sehingga berjaya.

Kini anak saudara saya meneruskan pembelajaran di sekolah berasrama biasa. Mereka tetap perlu membeli semua keperluan malah terpaksa menanggung perbelanjaan persekolahan seperti yuran, buku-buku, aktiviti dan lagi teruk, setiap hujung minggu nak bercuti di rumah sendiri. Kalau dikira, perbelanjaan yang ditanggung lebih banyak dari di MRSM. Sia-sia je jika pelajar yang cerdik hanya belajar di sekolah biasa sedangkan mereka sepatutnya bergaul dengan rakan-rakan yang setaraf dengannya agar ilmunya boleh berkembang pesat.

Nasihat saya, jika menerima tawaran yang lebih baik seperti MRSM contohnya, terimalah dan belajarlah bersungguh-sungguh. Wang boleh dicari. Banyak pihak akan membantu jika anda dapat tunjukkan potensi yang besar dalam pelajaran.

Untuk Menyemak Kemasukkan ke MRSM sesi 2012 untuk Tingkatan 1, sila klik disini
Untuk Menyemak Kemasukkan ke MRSM sesi 2012 untuk Tingkatan 4, sila klik disini.