Kesian pula bila ada yang tersesat di alam siber untuk mencari maklumat mengenai semakan permohonan ke Tingkatan 1 sekolah berasrama penuh untuk sesi 2011. Disini saya sertakan link untuk ke portal yang betul supaya anda boleh menyemak permohonan anda untuk ke sekolah berasrama penuh. Boleh rujuk kepada bahagian bawah entri ini.
Bagi yang tidak berjaya, anda masih boleh membuat rayuan juga secara online. Saya ada juga sertakan linknya dibawah ini.

Tahniah saya ucapkan kepada yang berjaya. Sila gunakan sebaik-baiknya peluang ini kerana anda sangat beruntung berbanding beribu-ribu lagi yang memohon untuk ke sekolah berasrama penuh. Di sana anda akan ditempatkan di asrama yang serba-serbinya lengkap. Tidak perlu terkejar-kejar setiap pagi kerana sekolah berada dikawasan yang sama dengan asrama. Semua perbelanjaan ditanggung penuh oleh kerajaan. Hanya perlu sedikit duit kocek sahaja. Hargailah semua ini dengan cara belajar bersungguh dan pelihara akhlak sepanjang masa.

Klik disini untuk menyemak secara online Tawaran ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh 2011
Klik disini untuk membuat rayuan secara online ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh 2011