Memang satu kemudahan apabila diwujudkan semakan penyata gaji melalui Sistem ePenyata dan Laporan yang diwujudkan untuk penjawat awam. Bukan semua orang yang simpan slip gaji masing-masing. Paling banyak cuma untuk menyemak sahaja. Lepas baca terus dibuang kedalam tong sampah. Kalau seorang dua, mungkin kita anggap tak banyak kertas yang digunakan. Tapi bila dah berpuluh ribu slip gaji yang perlu dicetak setiap bulan, barulah kita sedar sistem ini amat berguna dan menjimatkan. Kalau dah bertahun-tahun menggunakan sistem ini, kerajaan dapat menjimatkan beribu-ribu batang pokok. Satu pelaburan yang sangat berbaloi.

Selain itu, penggunaan Sistem ePenyata dan Laporan sangat mudah. Kita boleh semak slip gaji setiap bulan, boleh semak laporan tahunan dan macam-macam lagi. Bagi yang belum mendaftar untuk menggunakan sistem ini, boleh la berbuat demikian. Bukan lama sangat pun. Tak sampai seminit, dah boleh semak dan cetak slip gaji. Lagipun sekarang ni komputer dan internet dah menjadi satu keperluan hidup. Kalau tak pandai, mari saya ajarkan bagaimana untuk mendaftar dan menyemak slip gaji anda secara online.


  1. Anda perlu ke Halaman Web Jabatan Akauntan Negara atau klik link Sistem ePenyata dan Laporan yang saya sediakan ini. Anda akan terus dibawa ke login page.
  2. Untuk penggunaan kali pertama, anda perlu mendaftar dahulu. Klik "Pertama Kali Mendaftar" untuk mendaftar.
  3. Borang pendaftaran akan dipaparkan. Isikan borang dengan maklumat yang tepat seperti nombor kad pengenalan, nombor gaji, kata laluan dan lain-lain. Semua ruang mesti di isi. Selepas itu klik OK.
  4. Untuk memasuki Sistem ePenyata dan Laporan pula, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah berjaya didaftarkan tadi dalam borang yang pertama tadi.
  5. Klik butang "Daftar Masuk" dan anda akan dibawa masuk ke dalam sistem dan bolehlah mula menyemak, mencetak slip gaji dan laporan tahunan anda.

Panduan penuh penggunaan sistem ini boleh la download Manual Sistem ePenyata dan Laporan. Kandungan manual ini termasuklah cara menggunakan sistem, cara menukar kata laluan, dan juga perkara yang perlu dilakukan jika terlupa kata laluan.

p/s :Anda memerlukan perisian yang boleh memaparkan fail dengan format pdf. Boleh gunakan perisian percuma Adobe Reader.