Saya sebenarnya sekarang ni terlalu sibuk. Nanti saya ceritakan apa yang sibuk sangat tu. Apa-apa hal sayapun, saya nak ucapkan dulu Selamat Menyambut Hari Malaysia. Saya rasa sangat beruntung dan berbangga menjadi rakyat Malaysia. Seperti yang anda semua tahu, negara kita mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah, jadi saya harap jangan pula cuba menamatkan kemerdekaan ini dengan pertumpahan darah pula.

Ok, sekarang ni baru boleh cerita, kenapa saya terlalu sibuk minggu ini. Adik saya, akan mendirikan rumahtangga beberapa hari lagi. Jadi sekarang ni saya perlu menyiapkan beberapa kek untuk majlis itu. Antaranya kek perkahwinan, kek hantaran dan goodies. Saya harap dapat menyiapkan kek-kek ini pada malam ini juga kerana esok saya perlu berada dikampung. Bila kek perkahwinan ni, hiasannya memang kena telliti sikit. Ramai orang yang nak tengok. Saya tak mau la merosakkan majlis perkahwinan orang. Bagaimanapun saya saya rasa saya akan membuat hiasan kek yang tidak keterlaluan sangat. Hiasan simple cukuplah. Yang penting mesti sedap dipandang dan dimakan.

Keduanya saya sibuk kerana beberapa tahun lagi saya akan mengajar bakery. Jadi saya perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran tahap 3 barulah saya diiktiraf sebagai pengajar. Saya diberi 2 minggu untuk membuktikan saya layak dan sekarang ni ada masa 1 minggu je lagi. Buntu kepala otak untuk menyiapkan semuanya. Susah-susah sangat, saya masakkan je roti untuk penilai. Pelajar-pelajar saya sekarang nipun tak boleh la nak diabaikan. Nasib baik ada suami membantu menyiapkan kek-kek yang diperlukan termasuk kek yang ditempah. Urusan mengenai ebook Masakan Barat Komersial pun dia yang uruskan.

Hajat dihati ingin post mengenai resepi lepat pulut macam gambar kat atas tu. Lepat pulut ni dibungkus dengan daun kelapa dan jauh berbeza dengan lepat ubi atau pisang. Gambar kat atas tu belum masak lagi. Tu sebab segar je. Hidangan ini mesti ada setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri dirumah saya. Mungkin minggu depan baru dapat masukkan resepinya. Saya juga telah menyiapkan video teknik membungkus lepat pulut ni. Daripada rupa lepat pulut tu, mesti anda dapat agak macam mana cara membungkusnya tetapi istimewanya dalam video ini akan dipaparkan teknik membungkus lepat pulut sambil tidur. heheheh Macam mana agaknya ye. Nantikan minggu depan insya Allah.