Tak ada salahnya kalau saya nak mengucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog resepi masakan barat komersial terutama kepada pembaca yang berdaftar melalui email. Salah silap harap dimaafkan. Saya hanya manusia biasa yang memang sering melakukan kesilapan. Segala teguran akan saya jadikan panduan dimasa akan datang.


Saya rasa anda semua dah selamat pulang dari beraya. Mungkin suasana hari raya masih segar dalam kenangan. Mungkin juga ada yang kekok untuk memulakan tugasan seperti sediakala. Adatlah tu. Segala kegembiraan memang rasa sayang untuk ditinggalkan. Namun hidup perlu diteruskan. Sayapun rasa begitu juga. Tak terasa, cuti sudahpun sampai kepenghujungnya. Walaupun gembira ketika dikampung, tidak sama dengan gembira ketika berada dirumah sendiri serta melakukan perkara-perkara yang saya sukai.


Gambar-gambar diatas adalah beberapa gambar yang diambil ketika di kampung. Hanya dapat memaparkan beberapa keping sahaja kerana gambar-gambar lain perlu keizinan untuk dipaparkan. Ketika ini rambutan dan duku langsat memang dah sesuai sangat untuk dipetik. Tak larat nak sumbat lagi perut ni. Dengan ketupat, lemang, lepat, rendang, dodol dan lain-lain. Sumbat pula dengan buah-buahan segar yang dimakan terus dari atas pokok. Nasib baik musim durian dan pulasan sudah berakhir. Pendek cerita, bukak mata je, makan. Ada tak makanan unik yang anda rasa hari raya tahun ni? Meh la cerita sikit...