Harap belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh pengunjung blog ini, para pelanggan dan bakal pelanggan saya dan sesiapa sahaja yang mungkin tersesat dan terbaca entri ini. Saya sekeluarga memohon ampun dan maaf, zahir dan batin atas semua salah dan silap, terkurang, terkasar bahasa dan apa sahaja yang mungkin menyebabkan anda semua kecil hati, marah, benci, menyampah harap dimaafkan. Saya hanya insan biasa yang tiada kelebihan malah terlalu banyak kekurangan dalam diri saya.
Maaf juga kerana terlalu lama tidak update blog kerana kesibukan memenuhi tempahan kuih raya sehingga menginjak ke hari Raya. Di kampung pula tiada signal broadband, hanya EDGE yang tenggelam timbul menyebabkan saya tak sanggup update blog atau membaca email. Juga ribuan ampun dan maaf kepada pelanggan-pelanggan baru saya yang sanggup menunggu untuk mendapatkan ebook-ebook resepi komersial tulisan saya. Sayapun tak sangka anda sangat bersemangat memulakan perniagaan dan sudi mendapatkan ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial seawal Hari Raya ke-5. Semoga perniagaan anda disertai dengan kejayaan dan diberkati Allah.
Gambar diatas adalah gambar saya sekeluarga di pagi Hari Raya pertama sebelum mengunjungi rumah atok. Keluarga di Muar tidak terlalu besar tambahan pula ada yang pulang dirumah mertua di negeri lain. Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada sesiapa yang mengenali.