Inilah yang anak saya lakukan setiap kali dia dimarahi kerana melakukan kesilapan. Kesianpun ada. Tapi kalau tak dibetulkan, selamanya dia akan melakukan kesilapan. Menjadi ibu, kalau tak berusaha mengajar anak menjadi insan yang berguna, lebih baik jangan jadi ibu. Nak menjadi ibu sempurna memang jauh sekali. Bagaimanapun kena la berusaha kearah itu. Menyediakan keperluan anak-anak terutama hidangan yang sedap-sedap. Anak-anak pasti menghargai apa yang kita lakukan seperti mana saya menghargai ibu saya sekarang. Harap ibu sihat sejahtera sentiasa. Selamat Hari Ibu kepada semua blogger-blogger yang bergelar ibu, juga kepada ibu-ibu blogger juga kepada semua ibu yang mengunjungi Blog Resepi Masakan Barat Komersial ini. Berbaktilah kepada ibu selagi masih berkesempatan.


Disini saya menjemput anda semua bersama-sama UNICEF yang bertujuan membantu wanita-wanita yang ditimpa nasib malang. UNICEF juga menyediakan bidan-bidan terlatih dengan kemahiran perbidanan paling berkualiti serta petugas bagi menghadapi waktu kecemasan. Realitinya 350,000 wanita dan kanak-kanak perempua yang mati akibat komplikasi semasa mengandung dan melahirkan anak setiap tahun.


Jika ada wang ringgit, boleh klik Donation For UNICEF untuk menderma.
Perkongsian artikel seperti ini dan link-link seperti dibawah juga boleh membantu.

Safe Motherhood
Share The Love