Pada 18/11 yang lalu, saya mendapati Zarina Hashim telah memindahkan wang kedalam akaun saya untuk ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial. Bagaimanapun sehingga hari ini, saya belum dihubungi kerana saya memerlukan maklumat transaksi yang dilakukan. Saya juga tidak mempunyai email atau nombor telefon Zarina Hashim untuk saya hubungi.

Saya tak pasti apa yang menyebabkan perkara ini berlaku. Ini juga adalah kes pertama seperti ini yang saya terima. Jadi saya harap kepada Zarina Hashim, tolong hantar maklumat pemindahan wang kepada saya untuk disahkan. Jika anda telah manghantar email kepada saya, sila semak semula kerana sehingga kini saya tidak menerima sebarang email dari individu yang mengatakan telah memindahkan wang kedalam akaun saya berserta maklumat transaksi. Mungkin email tersebut telah tersesat kemana-mana. Mungkin juga kesilapan pada alamat email yang ditaip. Saya telah menyemak spam folder juga tidak menemuinya. Saya akan terus menunggu sehingga seseorang mengaku melakukan transaksi tanpa dapat berbuat apa-apa. Saya harap transaksi ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Harap maklum, selepas pemindahan wang dilakukan, anda perlu email maklumat transaksi yang dilakukan. Setelah itu barulah saya akan memberikan link dwnload bersama login dan password untuk anda download ebook dan ebook bonus yang diminta.