Sedar tak sedar, kita sudahpun memasuki tahun 2013. Berbagai-bagai harapan dan azam yang kita dengar untuk tahun baru ini. Semuanya perubahan kearah yang lebih baik. Apa sahaja azam anda dalam meningkatkan kualiti diri, saya akan sokong. Saya doakan anda semua berjaya mencapai apa yang dicita-citakan.

Berapa lama yang anda perlukan untuk mendapatkan kereta idaman. Klik untuk realisasikan dengan lebih cepat.


Awal tahun ini juga, amat bagus untuk kita mengimbas kembali apa yang telah kita lalui sepanjang tahun yang lalu. Kenangkan semula segala kejayaan dan kegagalan untuk kita dapat merancangkan kajayaan yang lebih tinggi atau agar kita tidak menggulangi kesilapan yang lalu. Kaji tahap pencapaian kita tahun lepas seterusnya meletakkan target yang sesuai, berpadanan dengan keupayaan kita.


Gambar-gambar dalam entri ini adalah apa yang telah dicapai oleh anak saya sepanjang pembelajarannya tahun lalu. Terlompat-lompat dia, bila dia tahu gambarnya menari terpapar dalam New Straits Time hari pertama tahun 2013. Saya harap dia dapat meneruskan apa yang disukainya di sekolah barunya nanti. Saya harap dia dapat membuat saya bangga suatu hari nanti.