Russian Black and White Cake ini sebenarnya saya hasilkan dari Resepi Kek Coklat Moist yang asal. Tiada ubah sedikitpun kecuali toppingnya. Sila belek page Promosi untuk ebook Kek Coklat Moist yang diberi percuma bersama Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial. Konsep Russian Black and White Cake ni terletak pada corak yang terhasil apabila kek dipotong. Kebetulan sahabat saya ingin berkongsi sebiji kek bersama sahabat yang lain jadi saya potong siap-siap. Dapatlah tangkap gambar bahagian dalamnya. Sebelum ini memang dah banyak kali menerima tempahan kek ini tapi saya tak berpeluang mengambil gambar bahagian dalam kek. Corak bintik-bintik putih pada kek ini adalah imej yang unik bagi Russian Black and White Cake.


Corak bintik-bintik ini boleh dihasilkan hanya dengan sedikit teknik mudah, jadi saya hanya menggunakan krim yang biasa sahaja asalkan ia mampu mengeras didalam peti sejuk. Tetapi untuk kali ini, saya menggunakan cream cheese dan kopi untuk memberikan rasa pada krim putih manakala saya menggunakan coklat sebenar yang dicampur dengan fresh cream untuk memberikan rasa chocolate ganache. Topping ini jauh berbeza dengan homemade chocolate ganache dari ebook Kek Coklat Moist kerana resepi dalam ebook menggunakan 100% bahan mentah asas dan tiada satupun bahan segera dipasaran seperti coklat atau cream. Sebab itulah kosnya lebih menjimatkan.


Bagi pelanggan saya yang telah memiliki ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat, saya harap idea dari Russian Black and White Cake boleh memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa untuk sentiasa memperbaiki kualiti, mempelbagaikan produk dan mencari idea-idea baru agar ilmu anda sentiasa berkembang. Jangan pernah takut untuk mencuba.