Resepi Wadeh Cara Saya
Posted by Norasikin Basri on Tuesday, January 25, 2011
Under: Sembang-sembang dan tip masakan
300g kacang dhal
1/2 labu bawang besar
1 cmb jintan putih
1 tangkai daun kari
1 tangkai lada merah
1/2 cmt garam
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam
Cara-cara Membuat Wadeh
- Kacang dhal direndam dengan air yang banyak untuk semalaman.
- Tuskan kacang dhal dan biarkan ia kering sebentar.
- Kisar kacang dhal menggunakan pengisar bijirin sehingga hancur tetapi asingkan 3/4 tanpa dikisar atau dikisar kasar.
- Bawang besar didadu kasar, lada merah dihiris nipis dan daun kari dileraikan dari tangkainya.
- Jintan direndam dalam air sebentar dan dituskan. Kisar kasar menggunakan pengisar bijirin.
- Campurkan semua bahan sehingga sebati. Anda akan mendapat adunan wadeh yang lembik tetapi masih boleh dibentuk.
- Gunakan sekeping plastik untuk memudahkan proses membentuk. Basahkan tangan dan plastik dengan air bersih.
- Ambil sedikit adunan bulatkan dan leperkan diatas plastik setebal 1 cm.
- Gorengkan dalam minyak yang panas sehingga garing keemasan.
Tip Masakan Komersial
- Menggunakan plastik adalah cara yang paling mudah menguruskan adunan yang lembik supaya mudah diangkat sebelum digoreng. Menggunakan tangan yang basah dapat mengelakkan adunan melekat pada tangan.
- Untuk membuat wadeh dengan tekstur adunan yang kering, anda perlu memerah kacang dhal menggunakan kain maslin untuk mengeluarkan lebihan airnya. Tidak perlu terlalu kering. Kemudian barulah digaulkan dengan bahan-bahan yang lain. Untuk menggorengnya, anda perlu mengepal adunan dengan kuat. Kemudian gunakan kedua-dua tapak tangan untuk menekan adunan sekuat-kuatnya dan terus digoreng. Biarkan ia masak sebelah dahulu sebelum diterbalikkan untuk mengelakkan kuih pecah.
- Saya menggunakan cili api kerana saya suka pedas. Ada juga peniaga yang menggunakan lada kering yang digunting untuk kos yang lebih menjimatkan. Rendam lada kering selepas digunting.
- Anda boleh mancampurkan 1 cmt gula untuk rasa yang berlainan mengikut selera.
In : Sembang-sembang dan tip masakan
Tags: resepi kuih wadeh masalodeh magelek masakan india kacang dhal goreng daun kari
blog comments powered by Disqus



