Pebende la vinaigrette atau french dressing tu. Secara mudahnya vinaigrette adalah asas sos salad dalam masakan barat khasnya masakan Perancis. Masyarakat barat memang gemarkan salad sebagai pembuka selera. Campak je apa-apa sayur-sayuran segar dan gaulkan dengan vinaigrette , jadilah salad yang mudah. Tambahkan hirisan ayam atau makanan laut, jadi salad yang lebih istimewa. Tujuan entri ini adalah untuk memudahkan saya memaparkan resepi-resepi masakan barat yang lain yang menggunakan vinaigrette ini. Sama seperti masakan kita, ubah sikit jadi masakan lain. Nasi himpit makan dengan sup ayam jadi soto. Nasi himpit makan dengan kuah lodeh, jadi lontong. Resepi-resepi asas seperti inilah yang perlu kita ambil perhatian kerana ia akan menjadi bahan penting dalam penghasilan hidangan yang lebih komplek.


Bahan-bahan untuk Vinaigrette atau Asas French Dressing
½ L Minyak Jagung
100ml Distill White Vinegar
1 cmt Garam
1 cmt Lada Sulah crush


Cara membuat Vinaigrette atau Asas French Dressing
  1. Campurkan semua bahan.
  2. Masukkan dalam botol dan simpan dalam peti ais.
  3. Sebelum digunakan, goncang botol dahulu barulah direnjiskan pada salad kegemaran.


Tip Masakan Komersial
  1. Saya menggunakan minyak jagung berbanding minyak kelapa sawit kerana inginkan minyak yang cair dan nipis. Boleh juga menggunakan minyak bunga matahari. Jika menggunakan minyak zaitun, rasanya lebih sedap kerana rasa minyak zaitun memang istimewa. Tak mengapa menggunakan minyak zaitun yang pekat kerana minyak zaitun sangat berkhasiat. Namun begitu, harganya sangat mahal.
  2. Anda digalakkan menggunakan herba-herba barat sama ada segar atau kering. Gunalah mana-mana herba yang wangi seperti parsley, thyme. Kalau susah sangat nak buat pilihan, guna je mix spice.
  3. Senang sangat membuat vinaigrette ni. Oleh itu apa kata anda membuat vinaigrette secukupnya sahaja untuk kegunaan pada masa itu. Kalau anda perlukan 5 sudu vinaigrette sahaja, jadi buatlah 5 sudu sahaja. Lebih baik kalau anda curahkan sahaja bahan-bahan vinaigrette ini terus pada salad.