Resepi Sup Tanpa Rempah dan Minyak | Resepi Diet Rendah Lemak.
Posted by Norasikin Basri on Friday, February 18, 2011
Under: Sembang-sembang dan tip masakan



1.5L Air Rebusan Ayam
1/2 bj Bawang Besar
1 ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia Muda
10 bj Bebola Ikan/Ayam
1 cmt Sos Tiram
1 cmt Kicap Manis
1 cmt Garam
1/2 cmt Gula
1 tangkai daun sup
Pelbagai Sayur-sayuran seperti Sawi, Carrot, Putik Jagung, Bunga Kobis, Kobis, Kekacang dan sebagainya.
Cara-cara Memasak Sup Tanpa Rempah dan Minyak
- Potong semua sayur-sayuran cantik-cantik. Biar berselera sikit bila makan.
- Bawang besar, halia dan bawang putih dihiris nipis. Bebola ikan dipotong jika perlu.
- Didihkan air rebusan dan masukkan bawang besar, bawang putih, halia, sos tiram, kicap, garam dan gula.
- Masukkan sayur-sayuran yang lambat empuk dahulu seperti carrot, kentang dan lain-lain.
- Akhir sekali masukkan sayur-sayur yang lain.
- Tutup api dan taburkan dengan daun sup yang dihiris kecil. Hidangkan panas-panas.

Tip Masakan Berguna.
- Pasti ramai yang berkata, resepi ini tiada keistimewaannya. Bagi lidah yang dah terbiasa dengan rempah-rempah, tumisan dan perencah segera tentu akan berasa hidangan ini terlalu kosong. Begitu juga dengan saya suatu ketika dahulu. Konsep masakan saya berubah sejak saya merasai masakan guru saya yang terlalu simple. Beliau hanya merebus tulang bersama 3 helai herba barat. Perasanya cuma garam dan gula. Itu sahaja 4 bahan yang digunakan. Lada hitam pun tak ada tapi saya merasai hidangan itu begitu hebat dengan sensasi yang belum pernah saya rasakan. Beliau memasak dihadapan mata saya sendiri pastinya tiada rahsia tersembunyi. Jadi jangan rasanya sebelum mencuba. Memang patut beliau bergelar Dato' Dr. Prof.!
- Tanpa air rebusan, rasa hidangan ini banyak bergantung kepada rasa sayur-sayuran. Jadi banyakkan sayur-sayuran yang manis seperti jagung muda, bunga kobis dan lain-lain.
- Cuba juga menggunakan air rebusan yang lain seperti makanan laut, karang-karangan. Jangan takut untuk mencuba. Setelah merasai resepi ini saya harap anda akan dapat mengenalpasti rasa-rasa tersendiri setiap bahan yang digunakan kerana ia tidak terganggu oleh bau dan rasa rempah yang kuat.
In : Sembang-sembang dan tip masakan
Tags: resepi diet kurus gemuk sihat khasiat rebus jimat tanpa minyak ringkas mudah
blog comments powered by Disqus


