Masyarakat barat ni kalau makan, mereka mesti bahukan makanan yang seimbang. Kalau dalam sepinggan hidangan utama tu mesti ada karbohidrat, protin dan sayur. Mereka juga mahukan pembuka selera, sup dan pencuci mulut setiap kali menjamu selera. Kiranya anda mahu membangunkan sebuah empayar perniagaan masakan barat, anda mesti menghidangkan semua kategori hidangan ini barulah restoran anda boleh dikatakan sebagai restoran yang berprestij.

Dibawah ini saya sediakan resepi salad buah-buahan yang saya harap berguna untuk anda. Terlanjur dirumah saya mempunyai banyak buah-buahan daripada majlis pertunangan adik saya diambang tahun baru yang lepas, jadi saya paparkan disini resepi yang mudah dan ringkas ini. Sekali-sekala mencuba makan buah-buahan cara barat pun ok juga. Asyik makan dengan serbuk asam, kicap, gula dan garam pun jemu juga.

Bahan-bahan untuk Salad Buah-buahan
Pelbagai jenis buah-buahan
1/2 cwn mayonis
2 cmb jus lemon/limau kasturi
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat Salad Buah-buahan
  1. Pilih buah-buahan yang sesuai seperti epal, lai, pear, anggur dan lain-lain. Bila kita membuat hidangan barat, sudah tentu buah-buahan import lebih sesuai. Sebaiknya pilih buah-buahan dari pelbagai warna supaya hidangan lebih cantik. Buah jambu kat atas tu saja je saya campurkan sebab itu je yang saya ada. Rasanya pun ok juga.
  2. Potong semua buah-buahan berbentuk dadu kasar. Anggur boleh dibelah dua dan dibuang bijinya. Buah-buah lain juga mesti dibuang bijinya supaya mudah untuk dimakan. Gambar diatas adalah gambar alat yang digunakan untuk membuang biji buah-buahan.
  3. Buah-buahan yang mudah lebam seperti pear, lai, epal dan lain-lain bolehlah direndam didalam air yang bercampur sedikit garam. Boleh juga menggunakan jus lemon atau limau.
  4. Larutkan garam dan gula dalam jus lemon/limau kasturi.
  5. Campurkan mayonis ke dalam jus tadi dan gaul rata menjadi salad dressing.
  6. Buah-buahan dibilas dengan air bersih dan digaulkan dengan salad dressing secukupnya.
  7. Simpan dalam peti sejuk dalam bekas bertutup sehingga dihidangkan.

Tip Masakan Komersial

  1. Amat mudah sebenarnya jika ingin menggunakan salad ini sebagai hidangan di restoran anda. Hanya perlu menyediakan salad dressing ini dalam kuantiti banyak dan disimpan didalam peti ais sehingga diperlukan. Bila ada tempahan, hanya perlu memotong pelnagai buah-buahan dan digaulkan sahaja dengan dressing ini. Jadi jika anda mempunyai restoran masakan barat tetapi tidak menghidangkan salad buah-buahan adalah satu kerugian.
  2. Anda boleh juga menggunakan sos tartar sebagai salad dressing. Resepi sos tartar ada saya ajarkan dalam ebook Panduan Dan Resepi Masakan Barat Komersial. Klik disini untuk mendapatkannya.