Sebelum kita membelek Resepi Roti Jala, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin sempena Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tiba tak lama lagi. Sebagai makluman, saya akan pulang kekampung selama seminggu mulai hari ini. Kepada pembeli ebook-ebook saya yang masih belum selesai download, anda masih boleh teruskan download. Sekiranya terdapat masalah, belum dapat password, anda masih boleh berinteraksi dengan saya melalui email tetapi respon dari saya mungkin lambat sedikit. Kepada yang berhajat untuk mendapatkan ebook-ebook saya, saya harap anda dapat menunggu sehingga saya kembali dari kampung. Anda boleh terus melakukan pembayaran jika anda mahu dan saya akan memberikan maklumbalas secepatnya bergantung kepada capaian internet dimana saya berada. Harap dapat banyak bersabar. Terima kasih kerana masih menyokong saya.

Dah ada program cuti Merdeka ni? Jom ke Singapura. Jurong Bird Park, Night Safari dan Singapore Zoo ada offer separuh harga. Sama-sama kita menghayati keindahan alam sekitar. Klik disini.


Bahan-bahan untuk Resepi Roti Jala
2 cwn Tepung Gandum
2 Cawan Air
½ cmt Serbuk Kunyit
1 cmt Garam


Cara membuat Roti Jala

  1. Campurkan tepung gandum dan serbuk kunyit
  2. Larutkan garam kedalam air.
  3. Campurkan air kedalam tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga mendapat batter yang licin dan tidak bergentel.
  4. Panaskan kuali leper dengan api sederhana kecil. Sapukan sedikit minyak sekiranya bukan non-stick pan.
  5. Dengan menggunakan acuan roti jala, kiraikan roti jala diatas kuali panas.
  6. Setelah permukaan atas roti jala kering sepenuhnya, lipat atau gulung roti jala dan bolehlah diangkat.
  7. Selesaikan semua roti jala sehingga semua batter habis.
  8. Hidangkan bersama kari atau dalca.

Leka makan roti jala sambil dengar lagu raya. Nak dengar lag raya juga? Klik disini

Tip Masakan Komersial

  1. Selain dari memeberikan rasa kepada roti jala, telur juga menjadikan roti jala lebih halus dan gebu. Bagaimanapun, ia bergantung juga kepada acuan roti jala.
  2. Untuk mendapatkan batter yang lebih baik, gunakan sahaja blender. Kemudian biarkan batter sebentar lebih kurang setengah jam supaya buih-buih yang terhasil timbul. Pecahkan atau asingkan buih-buih itu.
  3. Sewaktu mengirai roti jala, jangan angkat acuan terlalu tinggi untuk mengelakkan jalanya terputus-putus. Jarak yang sesuai diantara acuan dan kuali adalah lebih kurang setengah inci dan 1 inci.
  4. Setelah dikirai, buangkan jala yang terputus yang mungkin terhasil dari titisan batter.
  5. Roti jala yang cantik adalah roti jala yang halus, gebu dan dimasak dengan baik tanpa sedikitpun warna perang akibat digoreng.