Resepi Potato Wages ni senang je. Kenapa susah-susah nak buat potato wages. Kat pasaraya ada banyak produk sejukbeku. Cuma perlu goreng sekejap je. Terus boleh hidang bersama produk masakan barat anda. Sengaja hari ni menulis artikel yang senang kerana tujuan utamanya adalah untuk membincangkan sikap sesetengah usahawan kita yang masih lagi bergantung harap pada produk makanan segera. Jadi, baca celoteh saya ni dulu. Jangan hanya kejar resepi je. Mungkin ada sedikit ilmu yang berguna yang boleh anda dapat hari ni.

Hidangan begini menjadi kegemaran kanak-kanak. Apa kata anda menghabiskan masa bersama anak-anak membuat potato wages kegemaran mereka. Mereka akan lebih gembira memakan makanan yang mereka masak sendiri. Berapa banyakpun masa yang anda habiskan untuk anak anda, ia masih tidak mencukupi. Percayalah pada ! 
#OreoMillionMinutes!

Potato wages sejuk beku pun boleh dijual secara online. Dah banyak usahawan yang menjual bermacam produk secara online walaupun kawasan penghantaran hanya sekitar 10km sahaja dari rumah. Malah kerajaan juga menyediakan subsidi untuk usahawan kecil memulakan perniagaan secara online. Anda juga boleh rebut peluang ini melalui #
OnlineLahTauke. (Klik)

Kalau orang melayu berniaga, beli produk segera, masak sekejap terus boleh jual. Habis jual, balik tido. Kalau orang cina berniaga, semua benda nak buat sendiri. Masak berjam-jam. Balik rumah masih banyak persediaan yang perlu dilakukan untuk jualan esok pula. Setakat ni, tak banyak yang saya jumpa usahawan yang sanggup buat sendiri semuanya. Jual mi kari, mi kuning beli siap. Jual yong tahu, fishball beli siap. Jual chicken chop, sos black pepper pun guna demi glaze segera. Kebanyakkan kata, beli segera lebih senang dan cepat. Walaupun untung pun besar jugak, badan pun tak penat. Sebenarnya, apabila kita membuat sendiri semua produk jualan kita, produk kita menjadi lebih unik. Mi telur tanpa pengawet dan bahan kimia tentu tak sama dengan mana-mana gerai yang menggunakan produk segera. Walaupun demi glaze segera yang anda gunakan untuk sos black pepper tu anda ubahsuai sendiri dengan ramuan rahsia, keasliannya tetap tak wujud. 

Berkenaan untung pula, memang tak dinafikan, menjual produk segera juga boleh untung jika anda membeli dalam kuantiti yang besar dan konsisten. Bagaimanapun jika anda buat sendiri, margin keuntungan sudah tentu lebih besar. Margin ini bukan untuk anda jadi kaya lebih cepat. Tolong ingat pesan saya. Jangan sekali-kali mengambil keuntungan berlebihan. Margin yang besar ini sebaiknya anda gunakan untuk mengurangkan harga produk anda. Dengan cara ini, pelanggan anda akan bertambah. Dengan margin yang besar ini juga, anda boleh menjual produk anda di tempat yang lebih eksklusif. Kalau menggunakan nugget segera, anda boleh jual nugget di pasar malam kerana sewanya rendah. Jika anda guna nugget ayam homemade, tak mustahil untuk anda berniaga di kompleks yang lebih ramai pengunjung.

Bahan-bahan untuk Potato Wages
2 kg Kentang Russet
100g Tepung Ayam Goreng Segera
Air yang banyak untuk merebus.

Cara membuat Potato Wages
  1. Kentang dibuang kulit, jika suka. Bersihkan dan potong berbentuk baji.
  2. Masukkan kentang kedalam periuk dan masukkan air 1 inci lebih tinggi dari paras kentang.
  3. Tutup periuk dan nyalakan api besar. Tunggu sehingga mendidih.
  4. Sebaik sahaja mendidih,sebelum air melimpah, kecilkan api dan buka tutup periuk. 
  5. Biarkan merenih selama 10 minit.
  6. Tutup api dan tuskan air. Biarkan sebentar sehingga kentang sedikit sejuk.
  7. Ambil  kentang dan golekkan dalam tepung ayam goreng. Kalau perlu, buat sedikit demi sedikit. Susun dalam dulang. Biarkan sebentar supaya tepung menjadi lembab.
  8. Sejukkan kentang dalam peti ais sejukbeku selama setengah jam.
  9. Keluarkan kentang dari peti ais sejukbeku dan leraikan kentang yang melekat perlahan-lahan tanpa tepung salutan tertanggal.
  10. Masukkan dalam peti ais sejuk beku sekali lagi. Kali ini biarkan sehingga keseluruhannya beku. 
  11. Bungkus dalam plastik kedap udara dan sedia diguna apabila diperlukan.

Tip Masakan Komersial
  1. Ubi kentang russet mempunyai kulit yang lebih gelap dan kasar. Ia juga lebih besar dan sangat sesuai untuk potato wages, kentang goreng sejuk beku atau hash brown patties. Keistimewaannya adalah rasanya lebih manis dan cepat empuk. Warnanya juga tidak menjadi terlalu gelap apabila digoreng seperti kentang goreng biasa.
  2. Oleh kerana kentang ini cepat empuk, jadi pastikan tempoh merebusnya tidak terlalu lama supaya kentang tidak hancur atau pecah dalam proses-proses seterusnya. Biar terkurang empuk tapi jangan terlebih masak.
  3. Biasanya kentang wages dipotong kepada 6 atau 8 bahagian. Ketebalan kentang biarlah lebih kurang sama supaya masa memasaknya sekata.
  4. Dalam resepi ini, saya hanya menggunakan tepung ayam goreng segera sahaja. Lebih jimat apabila menggunakan tepung campuran yang anda adun sendiri. Saya belum mengeluarkan apa-apa artikel mengenai tepung ayam goreng segera. Jadi, buat masa ini, anda cubalah mengorat anak tauke ayam goreng pasar malam dan cuba dapatkan resepi dari nya.
  5. Selepas kentang dituskan, apabila ia masih panas, permukaan kentang mungkin menjadi kering. Tiada masalah untuk menyalutnya malah ini akan menyebabkan salutan lebih nipis. Cuba elakkan dari menyalut terlalu tebal. Jika kentang terlalu lembab, kemungkinan ia melekat semula lebih tinggi. Rehatkan kentang setelah disalut ditempat yang lembab supaya salutan tidak mudah tanggal apabila digoreng.
  6. Dikilang memproses wages, mereka mengeluarkan dalam kuantiti besar. Bagaimanapun kemungkinan kentang melekat semula sangat rendah kerana mereka menyalut satu persatu dan menggunakan kaedah penyejukan segera yang bergerak dalam landasan.
  7. Potato wages yang sudah disejukbekukan perlu digoreng terlebih dahulu sebelum dihidang. Ia boleh terus digoreng tanpa dinyah beku. Gunakan minyak yang banyak dan betul-betul panas. Gorenglah sedikit demi sedikit dimana apabila kentang sejuk dimasukkan dalam minyak panas, suhu minyak tidak menurun terlalu banyak.