Dah berkali-kali saya katakan, resepi percuma hanya untuk orang yang bersungguh-sungguh untuk memasak, untuk menjimatkan perbelanjaan keluarga dan berniaga. Tapi setiap kali itu juga saya terberi kepada individu yang salah. Sebelum dapat, berbagai-bagai alasan yang diberikan sehinggakan sanggup bayar berapa sahaja untuk mendapatkan resepi komersial saya sedangkan resepi itu hanya diberikan percuma untuk individu yang akan menggunakannya dengan betul sahaja.

Sungguh saya tak tahan dengan segala pujuk rayu dan alasan yang berbelas mukasurat itu. Akhirnya saya serahkan juga resepi yang diminta. Saya tak minta apa-apa. Saya tak minta pun duit dia. Saya tak minta pun dia buat sesuatu untuk saya. Dan memang saya tak dapat apa-apa pun. Ucapan terima kasih pun saya tak dapat juga! Jangan kata tak mengenali nombor telefon saya sedangkan saya dah memperkenalkan diri saya. Apa nak buat.. dah nasib.

Kalaulah ada alat Doraemon yang boleh mengenali hati budi seseorang, tentu senang kerja saya. Jadi saya berazam tak akan terkena lagi. Kini saya telah membuat keputusan. Saya tidak akan memberikan resepi percuma lagi. Walaubagaimanapun saya pernah berjanji untuk memberikan Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial 5 secara percuma apabila ebook ini siap nanti. Ebook ini memuatkan resepi cheese cake dan memang ramai yang tidak sabar menunggu kehadirannya. Sebagai memenuhi janji saya,  saya tetap akan memberikan ebook yang masih dalam proses pembikinan ini secara percuma apabila siap nanti. Dan selepas tu tiada lagi resepi percuma untuk Panduan dan Resepi Masakan Barat.

Gambar-gambar didalam entri ini adalah gambar-gambar aneka roti yang saya buat beberapa minggu lepas. Tentu sahaja saya berhasrat untuk menerbitkan ebook Aneka Roti Komersial suatu hari nanti. Roti-roti yang saya hasilkan ini setanding dengan roti-roti yang berada dipasaran. Dan apabila ia dihasilkan melalui resepi komersial bermakna ia sangat sesuai untuk sesiapa yang berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan. Saya tidak menggunakan sebarang pengawet jadi saya harap anda juga tidak menggunakannya. Walaupun begitu, roti ini masih boleh bertahan sehingga 1 minggu bergantung kepada intinya. Insya Allah ebook ini akan mula ditulis sebaik sahaja Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial 5 disiapkan dan telah diedarkan secara percuma kepada sesiapa yang berhak mendapatkannnya.

Antara roti yang terdapat dalam ebook ini nanti adalah, bun sardin, bun kacang merah, bun mexico, pizza, Sosej roll, cream roll dan lain-lain lagi. Tunggulah kehadirannya suatu hari nanti.