Cuba anda nilaikan harga kek macam gambar diatas tu di restoran atau hotel? Kek diatas cumalah kek coklat moist yang dihasilkan oleh salah seorang anak murid saya. Budak baru belajar pun boleh menghasilkan kek yang mengancam seperti itu. Tak nak cuba membuat sendiri ke?

Mungkin betul, terdapat banyak resepi kek coklat di internet. Bezanya kek coklat moist diatas ialah resepinya di reka untuk memenuhi ciri-ciri resepi masakan komersial iaitu selain dari sedap, ia mesti mudah disediakan, menepati ciri-ciri desert masakan barat dan semestinya menjimatkan kos.

Saya akui kek diatas memang mudah disediakan dan tidak cerewet. Asalkan timbangannya betul, saya yakin mesti menjadi. Kos untuk menghasilkannya juga tersangat rendah. Saya tak mahu la mendedahkan kos untuk menghasilkan kek bersaiz 8" x 8" dengan berat 1.8kg ini. Saya takut anda terperanjat pula. Biasanya kek begini dijual dengan harga RM45 di tempat saya. Manakala saya menjualnya dengan harga RM30 sahaja. Saya harap anda boleh mengira sendiri kos yang diperlukan untuk menghasilkan kek ini melalui resepi percuma yang saya berikan dalam ebook Resepi & Panduan Masakan Barat 3 yang baru sahaja diterbitkan.


Sekali pandang, kek diatas sama sahaja dengan kek-kek coklat yang lain. Tapi tahukah anda kek diatas tidak menggunakan mentega. Kek itu juga tidak menggunakan susu segar atau coklat masakan. Antara bahan yang digunakan adalah gula pasir dan tepung gandum biasa untuk kegunaan am. Senang cerita kos tepung gandum untuk membuat kek ini hanyalah RM0.35. Tentu banyak kos yang dapat dijimatkan dan tentu banyak keuntungan yang akan anda perolehi sekiranya kek ini dijual.


Segala resepi untuk menghasilkan kek coklat moist ada saya kongsikan dalam ebook Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 3. Ebook ini adalah kesinambungan daripada ebook-ebook yang pernah saya terbitkan iaitu Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 1 & 2 sebelum ini. Apa yang istimewanya, saya belum bercadang untuk menjualnya. Ebook ini akan diberikan secara percuma kepada anda. Walaubagaimanapun tidak mustahil saya akan meletakkan harga untuk ebook ini suatu hari nanti.

Dengan adanya ebook ini, ilmu masakan barat anda akan bertambah lengkap. Seperti yang kita semua tahu, masakan barat perlu mengandungi hidangan utama, pengiring, pembuka selera dan dessert (pencuci mulut). Ebook ini membolehkan anda menambah dessert dalam hidangan barat anda.

Rasa-rasanya anda dah tak sabar untuk memilikinya. Sila Klik Disini