Beberapa hari lepas, tiba-tiba je rasa nak makan sesuatu yang manis. Pada waktu petang yang boring, tiada tempahan kek yang perlu disiapkan, maka terfikirlah saya untuk membuat biskut yang dah terlalu banyak kali saya buat. Sejenis biskut yang mudah dan boleh saya pelbagaikan rasanya mengikut apa-apa bahan yang terdapat di rumah pada ketika itu asalkan bahan-bahan asasnya ada. Biskut ini adalah biskut yang selalu dihidangkan oleh masyarakat barat sewaktu minum petang. Mereka biasanya menghidangkan panas-panas kerana biskut ini garing diluar dan lembut didalam sewaktu panas. Itu yang menjadikan biskut ini sangat istimewa.

Berikut adalah bahan asas yang diperlukan
  1. 200g gula pasir (Kalau ada gula perang, rasanya lebih sedap)
  2. 160g majerin atau mentega
  3. 200g tepung gandum
  4. 1 bj telur
  5. 1/2 cmt soda bikarbonat
  6. 1/2 cmt baking powder
  7. 1 cmt esen vanila
  8. sedikit garam (kalau nak)
  9. 1 cmb liquid glucose (Kalau tak de boleh pakai madu kalau tak de gak tak payah letak apa-apa la)

Sebagai perasa untuk mempelbagaikan rasanya. Gunakan apa yang ada. Kalau ada semua, masukkan semuanya. Kalau tak de semua, tak payah masukkan apa-apa. Berikut adalah bahan-bahannya

  1. 2 cmb serbuk koko
  2. 100g kacang (Letak je kacang yang korang rasa sedap. badam, gajus, walnut, hazel, dhal, hijau, panjang)
  3. 100g cip coklat (dah habis la pulak)

Cara membuatnya juga mudah. Tak ambil masa lama. Ikut je step dibawah

  1. Bakar kacang sehingga masak dan rangup.
  2. Gaulkan tepung, serbuk koko, baking powder, serbuk penaik.
  3. Pukul mentega dan gula sampai kembang. Lagi kembang la biskut korang.
  4. Masukkan telur, esen vanila, liquid glucose, garam dan pukul sebati.
  5. Masukkan campuran tepung tadi. Gaul lagi
  6. Akhir sekali masukkan segala jenis kacang dan segala jenis coklat yang ada dirumah anda.
  7. Bentukkan bulat menggunakan sudu dan letakkan diatas dulang yang telah di gris. Saya suka gunakan scoop ais krim, maka dapat la biskut yang besar gedabak mcm dalam gambar tu. supaya dapat biskut yang sama saiz.
  8. Biskut akan mengembang besar jadi jangan letakkan rapat-rapat. Bakar dalam ketuhar 200C selama 15 minit atau sehingga masak.
  9. Jika bentuknya terlalu mengelembung, sebelum dibakar leperkan dahulu.

Gembiranya anak saya makan biskut coklat ni. Nampak cute je budak kecik pegang biskut yang besar mcm tu. Berikut adalah tip-tip yang tak berapa penting untuk anda.

  1. Jika anda ingin menggunakan chocolate chip atau chocolate rice, sebaiknya pilih coklat yang kekal bentuknya pada suhu bilik. Coklat yang mudah lembik tidak sesuai kerana coklat ini akan larut dalam adunan dan tak nampak kewujudannya dalam biskut. Sewaktu di kedai, peniaga akan meletakkannya didalam peti ais. Jika kedai mempunyai air-cond anda boleh mengenalpasti coklat yang rendah mutunya ini dengan membelek plastik pembungkusnya. Jika plastiknya kelihatan comot dan tidak jernih, bermakna coklatnya mudah lembik. Coklat ini juga akan melekat sesama sendiri.
  2. Cuba la jadi kreatif sikit. Jangan ikut je resepi yang diberi. Pelbagaikan lagi dengan menggunakan rice bubble, atau bijirin cereal mcm koko krunch dan lain-lain. Bukan diaorg tau pun kalau kita guna satu asas resepi yang sama. Asalkan warna lain, mereka akan kata biskut lain. Bagi nama yang gah sikit, mesti keluarga terpikat.

Itulah kelebihan resepi komersial. Boleh dipelbagaikan dengan mudah. Kita juga dapat mengawal kos yang dikeluarkan. Andai kata sahabat anda ingin membeli biskut ini, tetapi dia cuma sanggup membayar dengan harga yang murah, anda cuma perlu gantikan dengan kacang yang murah. Ini cuma satu contoh sahaja. Harap anda dapat membuka minda tentang pengertian sebenar Resepi Masakan Komersial.