Saya menanggap pasta dengan bawang putih dan minyak zaitun adalah asas dalam masakan pasta. Hidangan ini popular dengan nama agleo olio. Saya pun tak ingat bahasa apa. Mungkin Itali kot. Benda yang tak penting memang saya susah sangat nak ingat. Yang pastinya, masakan pasta ini sangat mudah. Tapi untuk resepi kali ini, saya gunakan tomato sebagai bahan utama. Tak de la rasa kosong sangat. Kalau penduduk Malaysia yang dah terbiasa sangat dengan hidangan yang mempunyai rasa dan bau yang kuat seperti kari, rendang, tomyam dan sebagainya, lebih baik makan mi goreng je. Seperti yang pernah saya ceritakan dulu, masyarakat barat gemarkan hidangan yang mempunyai rasa asli. Apabila makan pasta, mereka mahukan rasa pasta yang sebenar dan bukannya rasa rempah, perasa, garam dan gula yang kuat. Tawaaaarrrrrrrrrr jee.


Resepi Pasta Bayam dalam Minyak Zaitun, Tomato and Bawang Putih
500g Pasta Bayam siap direbus
5 ulas Bawang Putih
3 bj Tomato Segar
4 cmb Minyak Zaitun
1 cmb Daun Parsley segar dicincang
ΒΌ cmt Serbuk Lada Hitam
1 cmt Garam
Sedikit keju parmesan untuk ditabur


Cara membuat Pasta Bayam dalam Minyak Zaitun, Tomato and Bawang Putih
  1. Tomato didadu kecil. Sebaik-baiknya dibuang kulitnya terlebih dahulu.
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih yang dicincang sehingga layu.
  3. Masukkan tomato dan masak sehingga tomato sedikit hancur.
  4. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam.
  5. Tuangkan diatas pasta dan hidangkan panas-panas atau gaulkan pasta terus bersama sosnya.
  6. Taburkan dengan keju parmesan yang diparut.


Tip Masakan Komersial
  1. Anda boleh agak tak bagaimana rasanya resepi pasta dalam minyak zaitun dan bawang putih? Kali pertama rasa macam makan pasta dengan dressing. Dua kali makan rasa syok pulak. Kalau anak saya memang tak boleh nak cakap apa sebab dia memang penggemar mi. Bila menggunakan pasta bayam, terasa la sikit perbezaannya. Belajar cara membuat pasta bayam sendiri. Anda boleh menggunakan apa-apa pasta yang anda suka yang banyak dijual di pasaran.
  2. Bila sesuatu hidangan itu asas, bermakna banyaklah masakan yang boleh kita hasilkan. Biasanya dalam masakan barat, mereka tak mencampurkan terlalu banyak bahan. Jika menambahkan protin, mungkin hanya satu atau dua jenis sahaja dalam setiap hidangan. Contohnya hidangan pasta ini boleh ditambahkan ayam atau udang, atau karangan laut dan lain-lain tetapi bukan kesemuanya macam mi kari kita. Untuk sayur-sayuran, yang paling popular adalah cendawan.
  3. Saya hanya menggunakan herba barat kering sahaja kerana ia mudah disimpan. Memang bau dan rasanya jauh lebih sedap jika menggunakan herba segar. Anda boleh menggunakan thyme, basil dan sebagainya.
  4. Kalau yang pemalas macam saya, jangan harap la nak kupas kulit tomato. Lain la kalau untuk majlis atau jualan. Kulit tomato ni liat dan bila isinya hancur, tinggallah kulitnya sahaja. Memang tak cantik dipandang. Untuk lebih klasik, chef masakan barat selalunya memotong tomato kepada dua dan disusun dalam dulang pembakar. Renjiskan sedikit minyak zaitun dan masak sehingga tomato kecut. Cara ini, tomato lebih wangi dan kulitnya mudah ditanggalkan.