Macam tak percaya, ada pelajar saya yang tak tahu dan tak pernah membuat nasi goreng. Nak menitik air mata saya bila mendengarnya. Macam mana la dia boleh belajar katering kalau hidangan asas orang bujang pun daia tak pernah buat. Mungkin dapur pun dia tak pernah jejak. Semuanya bibik yang kerjakan.Anda tak risau ke jika anak anda langsung tak reti memasak. Kalau tak ada bibik, setiap hari sepanjang masa makan kat luar je ke? Setiap orang tak kira lelaki atau perempuan, mesti tahu memasak resepi asas bukan hanya mi segera dan telur goreng je. Sekurang-kurangnya mesti tahu buat nasi goreng, sambal tumis, kari, asam pedas, masak lemak, tumis air, sup, jemput-jemput, lempeng, cekodok dan lain-lain. Suatu masa dahulu, anak gadis yang tak reti memasak adalah sesuatu yang memalukan. Tapi itu hanya untuk anak gadis sahaja. Bagi saya, memasak membentuk jatidiri dan keperibadian yang baik. Mengurangkan kebergantungan kepada orang lain dan satu kaedah ikhtiar hidup yang paling utama. Saya simpati pada ibubapa yang tidak sempat nak mengajar anak mereka. Jangan la biarkan mereka terus begitu. Mungkin ada yang nak masak nasi pun tak reti. Cuba-cuba la hantar mereka berkursus masakan. Kalau setakat masakan mudah orang bujang tu, boleh la saya ajarkan. Itupun untuk remaja sahaja. Kalau nak kahwin baru nak belajar, tak kuasa la saya..

Apa kelas masakan warung. Jom belajar Nasi Goreng Citarasa Hotel


Bahan-bahan untuk Nasi Goreng Restoran Thai
2 cwn Nasi Putih
1 ulas Bawang Putih
1 cmt Cili Boh
1 cmt Sos Tiram
1 cmt Kicap Pekat
2 bj Cilli Padi
1/2 cmt Garam
1 cmt Sos Ikan
2 cmb Minyak Masak
I bj Telur
Sayur-sayuran


Cara Membuat Nasi Goreng Restoran Thai
  1. Ketuk bawang putih sampai hancur. Cili padi juga diketuk sehingga pecah. Panaskan minyak masak dan tumiskan kedua-duanya.
  2. Masukkan telur, sapukan pada permukaan kuali supaya ia menjadi nipis, Bila telur mengeras, barulah di gaulkan sambil menghancurkan telur tadi.
  3. Kecilkan api, masukkan nasi putih dan sayuran.
  4. Satukan bahan-bahan lain iaitu sos cili, sos tiram, sos ikan, garam dan cili boh. Besarkan api dan gaulkan semuanya dengan nasi tadi.
  5. Setelah semuanya sebati, matikan api dan sedia untuk dihidangkan.  


 Tip Masakan Komersial.
  1. Jika kita perhatikan, masakan begini mengambil masa tak sampai 1 minit untuk dimasak. Di restoran thai, sudah tentu lebih pantas lagi. Dengan harga makanan yang semakin meningkat sekarang ni serta masa dan belanja yang diperlukan untuk memasak nasi goreng ini, saya rasa memesan hidangan ini adalah sesuatu yang amat merugikan. Nasi goreng yang mudah, cepat dan jimat ini sepatutnya dibuat sendiri dirumah. Bagaimanapun nasi goreng ini atau dipanggil nasi goreng biasa adalah hidangan yang paling banyak dipesan di gerai. Kalau masa memasak yang diperlukan cuma 1 minit, cuba bayangkan berapa banyak yang dapat anda jual sepanjang masa operasi. Berapa banyak pula keuntungannya? Jadi untuk bakal usahawan makanan, pastikan nasi goreng sebegini ada dalam menu gerai anda kerana walaupun mudah dan ringkas, pelanggan tetap gemarkannya. Bagi penggemar makan di restoran pula, saya nasihatkan, kalau setakat nak order nasi goreng biasa, lebih baik tak payah. hehehhe Nak sokong yang mana ni? Peniaga ke pembeli?
  2. Saya memang suka memaparkan resepi asas yang ringkas seperti diatas tu agar anda boleh menambah bahan sesuka hati anda. Jadi tak ada la asyik bergantung kepada resepi je sedangkan resepinya sangat mudah. Tambah la isi ayam, ikan bilis, daging, seafood, fishball, dan berbagai sayur-sayuran lagi supaya lebih seimbang. Boleh juga perasakan dengan lada hitam atau stok ayam untuk kelainan.
  3. Saya suka duduk memerhatikan tukang masak di gerai-gerai. Kadang-kadang mereka melakukan sesuatu yang tak logik dalam masakan mereka. Contohnya cili boh dalam resepi diatas tu tak ditumis pun. Gaul terus je dengan nasi. Bila difikirkan semula, logik jugak. Mereka terlebih dulu merebus cili kering sebelum dikisar. Jadi cili sudahpun masak sebelum digaulkan dengan nasi goreng. Barulah boleh memasak cepat sikit.

    Takkan dah nak makan macam tu je. Adjust la sikit jadi nasi goreng pattaya. Klik sini untuk video teknik membungkus nasi Goreng Pattaya