Masakan orang barat ni memang bermacam-macam jenis. Walaupun bahan dan rupanya lebih kurang sama tapi orang barat tetap memanggilnya dengan nama lain. Pada saya, kek, cupcakes, muffin, shortcakes semuanya sama je la. Kalau diberi rasa kepada orang-orang yang tak benar-benar memahami ciri-ciri masakan barat, sudah tentu mereka mengatakan cupcake ni tak jadi sedangkan mereka sedang makan muffin. Itu sebabnya saya pilih orang juga jika nak beri rasa masakan saya. Kalau bagi juga, tentu sakit telinga mendengarnya. Shortcake dikatakan kek tak naik, shortbread dikatakan roti tak kembang. Biskut coklat barat dikatakan biskut belum masak sebab ditengahnya masih lembut. Dah la tu, kembang semacam je dah menyamai pinggan. Jadi kalau anda nak cuba, boleh cuba. Tapi jangan samakan muffin dengan dessert yang lain. Buat sakit kepala saya je nak menjawabnya. Kalau nak makan sesuatu yang gebu, baik makan roti atau kek.


Bahan asas muffin
1 1/2 cwn tepung
1 cmt soda bikarbonat
1 cmt baking powder
1 cmb serbuk koko
1/2 cmt garam
3 bj pisang bersaiz besar (montel/berangan kalau dapat jenis pisang masam lagi bagus)
1/2 cwn gula
1 bj telur
1/3 cwn mentega cair
1/2 cwn chocolate chip

Bahan untuk crumb topping
1/3 cwn gula perang
1/2 cwn tepung
1/2 cmt serbuk kulit kayu manis
1 cmb mentega


Cara-caranya
  1. Campurkan semua bahan crumb topping.
  2. Ramas sehingga menjadi berketul-ketul dan ketepikan
  3. Kalau nak ayak, boleh ayak dahulu tepung, soda dan baking powder sekaligus.
  4. Campurkan semua bahan kering termasuk gula, garam, serbuk koko, dan chocolate chip. gaul rata.
  5. Lecek pisang dan campurkan dengan semua bahan basah iaitu telur dan mentega.
  6. Campurkan bahan basah dengan bahan kering dan digaul rata. Untuk mengelakkan terlebih gaul, sebaiknya gunakan whisk yang paling besar. Kaup adunan, angkat dan balikkan dengan mengetuk sedikit whisk pada tepi mangkuk adunan supaya adunan jatuh kebawah. Pusing mangkuk adunan dan ulangi lagi proses kaup balik beberapa kali. Proses ini memerangkap lebih banyak udara dalam muffin tanpa terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang lebih besar dan tinggi.
  7. Masukkan dalam mangkuk muffin dan taburkan crumb topping.
  8. Bakar dalam ketuhar bersuhu 190C selama 20-25 minit atau sehingga masak.

Rasanya tak susah pun buat muffin ni. Lebih senang dari buat kek. Dengan latihan yang cukup, mesti hasilnya semakin lama semakin baik. Kalau kena caranya, boleh mendapat hasil yang sama seperti dijual di kedai. Yang penting jangan putus asa. Belajar satu-satu dan jangan tamak.