Muffin adalah dessert dari masakan barat yang kini popular seluruh dunia. Oleh kerana ia dari barat, kebanyakkan resepi yang kita jumpa menggunakan buah-buahan yang banyak dinegara barat. Leceh la kalau nak cari bluberi, kranberi, apricot, avocado dan macam-macam lagi. Kalau kat bandar, besar kemungkinan ada dijual di pasaraya besar tapi masalahnya harga pulak yang terlalu tinggi. Jadi saya cadangkan, guna je buah-buahan yang banyak terdapat di negara kita. Negara kita pun ada banyak buah-buahan sedap. Kalau resepi yang memerlukan buah-buahan kering, guna je buah-buahan yang tak banyak air. Halwa pun banyak jenis boleh pilih. Oleh kerana dirumah saya ada longan kering, Jadi kali ni saya nak buat Muffin Longan dan Badam Panggang.

90% wanita mengakuinya setelah mencuba Estee Lauder #MicroEssence. Dapatkan sampel percuma anda sekarang!  


Bahan-bahan untuk Muffin Longan dan Badam Panggang
100g Longan Kering
3 cmb Jus Oren
280g Tepung Gandum Pelbagai Guna
1 cmb Baking Powder
100g Gula Pasir
2 bj Telur A
200ml Susu Cair
85g Majerin/Mentega
50g Badam Cincang
40g Kepingan Badam
Secubit Garam
1 cmb Distill White Vinager


 


Cara Membuat Muffin Longan dan Badam Panggang
  1. Cincang sikit longan kering menjadi lebih kecil kemudian rendamkan dengan jus oren. Biarkan ia kembang sebentar.
  2. Panaskan majerin dalam kuali sehingga cair dan sejukkan.
  3. Susu cair dicampurkan dengan vinager dan biarkan selama 15 – 20 minit sehingga mendadih.
  4.  Badam cincang dibakar dalam oven sehingga rangup. Teruskan memanaskan oven pada suhu 180˚C.
  5. Ayak tepung dan baking powder  bersama. Kemudian campurkan dengan gula pasir dan badam cincang.
  6. Dalam mangkuk yang lain, campurkan mentega cair dan susu cair.
  7. Akhir sekali, campurkan semuanya, bahan kering iaitu tepung, bahan basah iaitu susu serta longan.
  8. Kaub balik beberapa kali sahaja. Tak perlu sehingga rata.
  9. Sudukan ke dalam mangkuk muffin dan taburkan kepingan badam.
  10. Bakar selama 15 hingga 20 minit sehingga muffin mengembang cantik dan badam keperangan.



Tip Masakan Komersial
  1. Teknik membuat muffin kebanyakkannya sama. Pertama, campurkan bahan kering. Kedua campurkan bahan basah dan ketiga campurkan kedua-duanya. Ini kerana konsep muffin itu sendiri adalah mudah. Muffin tak perlu gebu. Muffin yang retak juga dianggap cantik. Jadi tak perlu bersusah payah untuk muffin.
  2. Ada yang kata, bila kaup balik adunan muffin, tak boleh melebihi 12 kali. Ini bermaksud muffin tak boleh terlebih kacau. Bagi saya pula, dengan teknologi baking powder sekarang ni dan kualiti tepung gandum yang ada dipasaran, saya tak terlalu mengambil berat tentang ini. Tepung gandum pelbagai guna mempunyai gluten yang sederhana. Jadi muffin tak mudah menjadi keras walaupun terlebih kacau. Yg penting, kerja siap cepat. Asalkan gaul rata dah cukup.
  3. Susu yang dicampurkan dengan vinager bertujuan untuk menghasilkan buttermilk. Buttermilk adalah lebihan air yang dibuang sewaktu membuat mentega. Dulu memang dibuang. Sekarang, buttermilk dah dijual. Bila sampai Malaysia, harganya lebh tinggi dari susu itu sendiri. Lebih baik buat sendiri. Guna susu je pun boleh.
  4. Buah-buahan dikeringkan agar ia tahan lama. Jadi bila nak gunakan kena la rendam agar ia lembut semula. Saya rendam dengan jus oren agar buahnya tak rasa tawar bbila dibuat muffin. Anda boleh gunakan  pekatan oren sunquik je. Kalau tak de jugak, rendam la dalam air biasa je. Bukan nak sampai kembang besar. Cuma nak lembut sikit je. Baru sedap dikunyah.
  5. Muffin boleh disejukbekukan seperti makanan sejukbeku yang lain. Masukkan je dalam bekas kedap udara sebelum dimasukkan dalam peti sejuk beku. Bila nak makan, boleh keluarkan dan defrost dalam microwave oven. Guna oven biasa pun boleh. Saya makan terus je sbb muffin tak keras pun bila dikeluarkan.