Bila kita cerita pasal mi udang yang popular, antara nama yang akan disebut adalah mi udang Pulau Pinang dan Hokkein Prawn Mee atau Har Mee. Sebenarnya tak ada la beza sangat sebab mi udang di Malaysia adalah berasaskan masakan cina. Masakan cina, bagi saya bermaksud masakannya mesti ringkas, tidak menggunakan rempah yang kuat, dan rasa masakan sepenuhnya bergantung kepada stok atau air rebusan dan untuk resepi kali ini, sudah tentu menggunakan air rebusan udang.



Sementara itu, jika anda mencari penulen air atau udara, JikSoo adalah pilihan terbaik masakini. Dijamin produk berteknologi terkini dengan servis terbaik untuk anda. Hanya Penulen Air Jiksoo, penulen air tanpa tangki yang pasti tidak akan ada pencemaran semula kepada air minuman anda kerana ia sentiasa mengalir tanpa had. Baca artikel saya untuk mengetahui kelebihan Penulen Air JikSoo berbanding penulen air yang lain. Atau tanya terus kepada saya melalui WhatsApp 0127927596. Tak kira dimana anda berada di Malaysia, kita cuba ke sana.

Bahan-bahan untuk Resepi Mi Udang Har Mee
500g Mi Kuning
10 ekor Udang Besar
50g Udang Kering
2 Liter Air
2 cmb Cili Boh
½ cm Halia
3 ulas Bawang Putih
2 bj Bawang Kecil
4 cmb Minyak Masak
Garam dan Gula
Pelengkap Hidangan seperti tauge, daun bawang, kangkong, bawang goreng dan sebagainya



Cara Membuat Mi Udang Har Mee
  1. Udang dibersihkan dan diasingkan kulit/kepala dengan isinya.
  2. Rebus kulit dan kepala udang bersama udang kering dalam 2 L air. Renihkan dengan api perlahan selama 1 jam. Lebih lama lebih baik. Tambahkan air jika perlu.
  3. Setelah direbus, biarkan ia sejuk sebentar kemudian kisar hingga halus.
  4. Seterusnya tapis air rebusan dan buangkan hampasnya. Pastikan air rebusan jernih dan tidak berkeladak. Renihkan semula air rebusan udang ini. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Sementara membuat stok udang tadi, kisarkan atau tumbuk halus bawang kecil dan halia. Kemudian tumiskan bawang kecil, halia dan cili boh dengan 2 cmb minyak masak.
  6. Bawang putih juga ditumbuk berasingan kemudian ditumis dengan 2 cmb minyak masak juga sehingga wangi dan keperangan.
  7. Untuk menghidang, didihkan air bersih untuk mencelur. Celur satu porsi mi kuning selama 30 saat. Tuskan dan masukkan kedalam mangkuk. 
  8. Kemudian celur pula isi udang selama 30 saat. Susun kedalam mangkuk mengandungi mi tadi.
  9. Seterusnya celur pula tauge dan kangkung. Masukkan kedalam mangkuk tadi.
  10. Barulah dituangkan stok rebusan udang yang telah diperasakan tadi.
  11. Akhir sekali sudukan sedikit cili yang ditumis dan bawang putih tumis tadi. Hidangkan panas-panas.



Tip Masakan Komersial
  1. Dalam masakan cina, ketepatan amat penting. Bahannya ringkas, cara masakannya ringkas tapi mereka cerewet dalam penyediaannya. Kalau dicampurkan sekaligus semua bahan dan direbus memang senang. Tinggal tuangkan kuah kedalam mi. Namun inilah keistimewaan masakan cina.
  2. Beginilah yang seharusnya dilakukan di gerai Mi Udang. Semua bahan dimasak secara berasingan. Jika dibuat dirumah mungkin kita akan rasa susah dan leceh. Tapi jika untuk gerai jualan, kaedah ini sangat menguntungkan malah lebih mudah. Minyak bawang putih boleh dibuat banyak untuk 3 atau 4 hari. Begitu juga sambal boleh dibuat 2 hari sekali. Sayur-sayur dan mi pula hanya digunakan apabila makanan ditempah. Cuma kuah sahaja perlu dibuat setiap hari.
  3. Kalau kita tengok gerai mi cina, kita akan lihat mereka sangat sibuk menyiapkan tempahan. Tapi inilah yang melekakan mata kita. Satu persatu bahan dicelur. Bagaimanapun jika tempahan terlalu banyak, biasanya mereka mencelur sekaligus mi, sayur dan udang.
  4. Air rebusan udang perlu jernih dan tidak berkeladak. Jika tidak jernih, anda boleh menapis menggunakan penapis yang lebih halus. Skim keladak-keladak dan buih dipermukaan air rebusan jika ada barulah anda akan mendapat air rebusan yang terbaik.
  5. Sekarang mi udang bukan sahaja ada udang. Segala jenis protin yang anda mahu boleh ditambah. Boleh susun hirisan daging rebus atau hirisan ayam panggang. Boleh juga ditambah seafood, hati, paru-paru dan segala organ haiwan. Semakin cantik anda susun, semakin berseleralah pelanggan.
  6. Oleh kerana aksesori mi udang dan jadi pelbagai, biasanya air rebusan juga dah tak 100% udang. Untuk menjadikan ia lebih berperisa, biasanya usahawan menambahkan tulang ayam atau lembu. Bagaimanapun mereka akan menggunakan bahan yang tidak menyebabkan warna air rebusan menjadi gelap.
  7. Jika sekadar air rebusan sahaja, sudah tentu anda akan merasakan kuahnya terlalu kosong. Tanpa rempah tak macam masakan melayu yang pekat, pedas, lemak dan wangi. Bagi masyarakat cina, bau udang itu dah cukup wangi. Kalau ada yang komplen masakan anda, beritahu dia pergilah makan masakan india atau melayu sahaja. Bagaimanapun untuk menguatkan lagi rasa kuahnya ada juga usahawan menambahkan kicap cair, minyak bijan dan serbuk pati ayam/lembu. Semuanya terpulang kepada anda.