Apa yang saya tahu, budak-budak memang susah sangat nak makan sayur. Daripada pengamatan saya, kebanyakkan budak-budak yang tak suka makan sayur bukan kerana rasa sayur itu sendiri tetapi kerana mereka tak dibiasakan dengan sayur. Bila sebut sayur sahaja, semua mengeleng kepala. Bila saya beri mi berasaskan sayur, semuanya makan dengan berselera. Setelah habis makan, saya katakan mi yang mereka makan itu adalah mi bayam dan serta merta selera mereka tertutup untuk makan mi itu lagi sedangkan baru sebentar tadi semua mengatakan mi itu sangat sedap.

Anak saya memang tiada masalah untuk makan segala jenis sayur kerana dia telah diajar sejak mula mengenali nasi. Setiap hari saya mengatakan sayur baik untuk dia, sedap dan macam-macam lagi cerita-cerita baik mengenai sayur sehingga mind settingnya hanya yang baik untuk sayur. Sekarang, setiap kali makan, dia mesti minta sayur dan tak boleh tiada. Kepada ibu bapa, jika anda sedar akan kebaikkan dan kepentingan sayur, jangan paksa anak anda makan sayur sedangkan anda sendiri geli-geleman untuk menelannya. Segala-galanya adalah mind setting dan anda yang kena mulakan dulu.

Jadi, jangan lupa untuk mencuba resepi lazat ini. Sambil menonton Drama Korea Online Percuma, sambil kena Mi Bayam Ladna yang berkhasiat. Lupa la nak beritahu, Drama Korea Online Percuma tu ada sarikata la. Pun ada K-Pop Music dari artis yang cun dan encem. Syok layan.

Bahan-bahan untuk Mi Bayam (Spinach Noodle)
3 bj Telur saiz (A)
1/2 cwn Air
1 ikat Bayam (Lebih kurang secekak bayam hijau yang besar dan panjang)
1 kg Tepung Gandum
2 cmt garam

Cara Membuat Mi Bayam
  1. Bayam dipotong kecil dengan batangnya sekali untuk memudahkan kisar.
  2. Masukkan telur, air, garam dan bayam kedalam blender dan kisar sehingga lumat.
  3. Masukkan tepung gandum kedalam mangkuk tetapi jangan dihabiskan semua. Tinggalkan lebih kurang 100g untuk ubahsuai tekstur adunan nanti.
  4. Tuangkan semua bahan kisar kedalam tepung gandum dan ramas sehingga mendapat tekstur serbuk roti.
  5. Setelah tiada adunan yang melekat ditangan, barulah diuli sehingga mendapat doh. Tambahkan lagi tepung gandum jika adunan masih belum cukup keras.
  6. Gelek adunan menggunakan rolling pin seterusnya menggunakan mesin membuat mi untuk menggelek sehingga mendapat adunan yang nipis antara 1 - 2 mm.
  7. Gunakan mesin mi untuk memotong adunan menjadi mi.
  8. Rebus mi dalam air yang banyak kira-kira 5-10 minit sehingga masak.

Bahan-bahan untuk Sup Ladna (hidangan 1 orang)

  1. 1 ulas bawang putih
  2. 1/4 bj bawang besar
  3. 2 bj cili merah/cili api
  4. 1 cmb sos tiram
  5. 1 cmt kicap manis
  6. 1 cmb minyak masak
  7. 1 cwn air rebusan ayam/tulang
  8. 1 cmt tepung jagung dilarutkan dalam sedikit air
  9. sedikit garam, gula dan lada sulah
  10. Sayur-sayuran seperti kobis bunga, jagung muda, sawi, kobis panjang dan lain-lain mengikut kegemaran.


Cara membuat Sup Ladna

  1. Hiris semua bahan-bahan mengikut suka.
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang dan bawang putih sehingga wangi.
  3. Masukkan air, sos tiram, kicap, cili api dan biar mendidih sebentar.
  4. Masukkan sayur-sayuran.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan lada sulah.
  6. Tuangkan larutan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
  7. Tuangkan keatas mi dan sedia untuk dihidangkan.

Tip Masakan Komersial

  1. Resepi mi bayam diatas menggunakan 1 kg tepung gandum, bermakna anda akan mendapat lebih kurang 2 kg mi. Ada beberapa cara untuk menyimpan mi ini. Pertama, selepas adunan dipotong menjadi mi, anda boleh membakar didalam oven pada suhu 150C selama 15 minit untuk mengeringkannya. Kedua, anda boleh menyusun kedalam dulang dan dijemur ditengah panas matahari selama 2 hari untuk mengeringkannya juga. Ketiga, Selepas dipotong menjadi mi, gaul dengan sedikit tepung kemudian mi dilipat-lipat dan dibungkus sebelum disimpan dalam peti ais. Cara ini biasanya digunakan oleh peniaga mi dimana cara ini lebih cepat disimpan dan lebih cepat digunakan.
  2. Setiap kali membuat mi, perkara yang paling susah ialah untuk mendapatkan mi yang kenyal. memang ada sejenis bahan yang digunakan untuk mendapatkan mi yang kenyal tetapi saya tak pernah menggalakkan penggunaan bahan seperti ini. Jika anda rasa susah sangat nak menguli adunan kerana adunan terlalu keras, anda boleh kurangkan penggunaan tepung tetapi cara ini akan menyebabkan mi anda kurang kenyal. Jadi anda perlu menggelek adunan, menaburkan tepung pada adunan dan melipat adunan seterusnya menggelek adunan lagi. Proses ini haruslah diulangi sehingga anda mendapat adunan yang keras. Lagi keras adunan anda, lagi kenyal mi anda.
  3. Biasanya kilang menggunakan mesin pemampat untuk memampatkan adunan mi. Pertama, mereka adunan membancuh kedalam mixer sehingga mendapat tekstur yang kering seperti pasir. Kemudian barulah mereka memasukkan adunan kedalam mesin pemampat untuk memampatkan ni. Pada dasarnya kita hanya nampak, mereka masukkan adunan kemudian terus keluar mi. Sebenarnya adunan didalam mesin itu melalui banyak proses lipat, gelek sebelum keluar menjadi bentuk mi.