Malaysia Social Media 2012 akan berlangsung dari 13-17 Februari 2012 di PWTC, Kuala Lumpur. Berbagai acara menarik akan dijalankan pada hari itu seperti seminar, peraduan, permainan dan blog ini dengan tak malunya menyertai World Bloggers and Social Media Awards 2012. Belek-belek la apa yang ada di website Malaysia Social Media Week untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Berkenaan World Bloggers and Social Media Awards 2012 pula, sebenarnya saya rasa, blog Resepi Masakan Barat Komersial ni memang jauh dari layak. Nama-nama besar semua berada disana. Blog ini pula sekadar duduk dari tepi longkang sahaja tapi apa salahnya mencuba. Sekurang-kurangnya sedikit sebanyak, ada juga ilmu baru, kenalan baru dan blog baru yang akan saya jumpa.

Kalau anda rasa, blog Resepi Masakan Barat Komersial ni berguna untuk anda, bantu saya dengan mengundi blog saya dalam kategori Best F&B Blog (Klik Disini). Saya percaya, masih ada yang menghargai blog saya walaupun secara diam-diam. Kalau anda rasa sebaliknya, abaikan sahaja. Saya cuma mahukan undi yang ikhlas sahaja agar dapat menilai sendiri blog ini sama ada mahu di perbaiki, diteruskan atau ditamatkan sahaja. Tiada paksa, tiada ampu, tiada ganjaran. Hanya terima kasih sahaja kepada yang sudi mengundi.