Resepi Lontong dengan Kuah Lodeh
Posted by Norasikin Basri on Saturday, January 14, 2012
Under: Sembang-sembang dan tip masakan
Ketupat atau nasi impit secukupnya
5 btg Kacang Panjang
1 btg Carrot
50g Kobis Bulat
150g Sengkuang
2 kpg Tauhu
2 pkt kecil Sohoon
2 kpg besar Tauhu Kering
2 kpg Tempe
2 bj Cili Merah/hijau
1 bj Bawang Besar
1 cmb Serbuk Kunyit
1 cmb Udang Kering
1 L Santan dari sebiji kelapa
Garam dan Gula
- Potong kacang panjang, carrot dan sengkuang sepanjang 1 inci. Tauhu dan tempe didadu besar. Tauhu kering dipotong selebar 1 inci dan direndam bersama sohoon hingga kembang. Cili dibelah dua tanpa putus. Udang kering direndam dan ditumbuk sedikit. Bawang besar juga ditumbuk sedikit selepas dihiris nipis untuk mengeluarkan jusnya.
- Masukkan santan, bawang besar, udang kering dan sayur-sayuran yang lambat empuk kedalam periuk. Sayur-sayuran yang boleh dimasukkan adalah carrot, sengkuang dan tempe.
- Gunakan api yang besar sambil dikacau terutama bahagian dinding periuk agar tidak bertahi minyak.
- Setelah mendidih, kecilkan api. Perasakan dengan garam dan gula.
- Masukkan sayur-sayuran yang lain dan biarkan merendidih. Tambah air untuk lebih banyak kuah.
- Hidangkan lodeh bersama nasi impit dan sambal kacang.
- Selalunya, lontong yang dijual mempunyai jenis sayuran yang terhad. Itu sebabnya saya lebih suka memasak sendiri. Saya suka menambahkan sayuran yang manis seperti putik jagung, kacang sepat, bunga kobis dan sebagainya.
- Masakan begini sebenarnya tidak mementingkan resepi. Asalkan anda seimbangkan rasa kuahnya, anda boleh menambah dan mengurangkan kuantiti sayur yang anda mahukan. Jadi tidak kisahlah berapa banyak sayuran yang diperlukan dalam resepi. Jika ada banyak, anda tambahkan banyak. Jika tiada, tak perlu susah payah membelinya. Jika tak suka tak perlu letak pun tak mengapa.
- Selalunya peniaga lontong banyak menggunakan kobis dan sengkuang dalam lodeh kerana harganya yang murah tetapi dapat menunjukkan kuantiti banyak. Bagaimanapun sayur seperti ini memberikan rasa yang terlalu kuat dalam masakan ini. Begitu juga dengan tempe atau cendawan.
- Begitu juga dengan nasi himpit. Selalunya usahawan membuat ketupat segera menggunakan plastik tanpa mempedulikan jenis plastik yang digunakan dan kesannya kepada badan. Ketupat segera yang dijual dipasaran pula ada yang menggunakan bahan kimia untuk mendapatkan bau dan rasa seperti ketupat asli. Jadi saya cadangkan anda membuat nasi impit yang mudah seperti nasi impit komersial yang pernah saya paparkan dulu.
In : Sembang-sembang dan tip masakan
Tags: resepi lontong kuah lodeh ketupat rumah terbuka perayaan hari raya
blog comments powered by Disqus



