Resepi Lasagna Bolognese
Posted by Norasikin Basri on Monday, December 27, 2010
Under: Resepi Masakan Barat
Bahan-bahan untuk Lasagna Bolognaise
1 porsi Pasta Lasagna
1 porsi Sos Bolognaise (Klik disini untuk resepi Sos Bolognaise)
1 porsi Sos Bechamel Putih (Klik disini untuk resepi Sos Bechamel)
1/2 cwn keju mozarella
1 bj telur (A)
½ cmt garam
150g tepung gandum
- Larutkan garam dalam telur.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli. Dapatkan doh yang keras tapi masih boleh dicanai. Tak perlu habiskan semua tepung jika doh sudah cukup keras.
- Rehatkan doh kira-kira 30 minit dalam bekas bertutup sebelum dicanai nipis. Lebih senang jika menggunakan mesin.
- Potongkan mengikut bentuk acuan yang akan digunakan tetapi kurangkan saiznya lebih kurang 1 inci.
- Rebus dalam air mendidih sehingga lembut antara 10 – 15 minit yang dicampurkan dengan sedikit minyak.
- Tuskan dan rendam di dalam air biasa untuk menyejukkannya (memberhentikan proses memasak) dan supaya ia tidak melekat sesama sendiri.
- Griskan acuan dengan sedikit marjerin/mentega
- Bahagikan sos putih dan sos bolognaise mengikut bilangan lapisan yang anda kehendaki.
- Tuangkan 1 bahagian sos putih ke dalam acuan dan ratakan.
- Masukkan 1 lapisan pasta.
- Tuangkan 1 bahagian sos bolognaise dan ratakan.
- Ulangi langkah 3 – 5 sehingga semua bahan-bahan habis digunakan.
- Taburkan keju secukupnya sebagai lapisan terakhir.
- Bakar dalam ketuhar bersuhu 200C sehingga keju berwarna sedikit keperangan.
- Potong dan sedia untuk dihidangkan.
- Jika anda menggunakan pasta berbentuk lain, pastikan pasta itu disusun rata supaya lapisan antara sos dan pasta mudah kelihatan.
- Boleh cuba Seafood Lasagna dengan melapiskan pasta, sos putih dan campuran pelbagai jenis seafood yang direbus dan didadu.
- Sewaktu membuat sos bolognaise, sebaik-baiknya dapatkan tekstur sos yang pekat supaya hasilnya lebih cantik.
- Asalnya, lapisan dalam lasagna juga ditaburkan keju biasanya parmesan tetapi boleh juga diabaikan kerana keju memang mahal di negara kita.
- Anda boleh menyejukbekukan lasagna ini setelah dipotong sama saiz dan dibungkus dengan kertas aluminium. Apabila diperlukan, barulah dikeluarkan dan dibakar sebelum dihidangkan tetapi pastikan sos anda pekat dan tidak terlalu berair.
In : Resepi Masakan Barat
Tags: resepi masakan barat lasagna bolognese percuma komersial pasta
blog comments powered by Disqus


