Kalau anda selalu makan di hotel-hotel berbintang, anda mungkin terfikir bahawa masakannya terlalu mementingkan rasa dan rupa. Pendek kata mereka hampir  tak mementingkan kos yang perlu dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu hidangan. Lain la kalau anda makan di hotel budget atau ketika hotel mengadakan promosi dan hidangan buffet dengan harga murah. Jika dihari biasa, memang anda diketuk cukup-cukup. Tak kira berapa banyak bahan yang akan mereka gunakan, wang yang diterima tetap sangat menguntungkan. Yang penting, mesti sedap. Bila sedap, dengan ramuan yang melimpah ruah, hiasan yang menarik tak ada pelanggan yang bising. Contoh yang paling baik adalah resepi Laksa Pulau Pinang Citarasa Hotel ini yang sarat dengan muatan terutama pada kuahnya.

Usahawan seperti ini biasanya akan membuat soalselidik terlebih dahulu untuk mempelajari pelbagai tabiat pelanggan dari segi selera, kuasa membeli, keinginan, kecenderungan dan sebagainya yang ada kena mengena dengan perniagaan mereka. Kini, ada syarikat yang berpengalaman untuk membuat apa sahaja jenis soalselidik yang sesebuah syarikat perlukan untuk meningkatkan prestasi syarikat. Bukan itu sahaja, Syarikat seperti Panel Place sanggup membayar kepada sesiapa yang ingin menjadi peserta soalselidik. Klik disini kalau sudi menjadi peserta soal selidik. Dapat jugak sikit duit poket. Melakukan soalselidik juga boleh menjadi suatu perniagaan rupanya..


Bahan-bahan untuk Laksa Pulau Pinang Citarasa Hotel
1 kg Laksa Beras Siap Direbus dan dituskan
1 kg Ikan Kembung
10 tangkai Cili Kering
10 bj Bawang Merah
½ inci Kunyit Hidup
2 btg Serai
1 inci Halia
1 cmb Asam Jawa tanpa biji dicairkan menjadi jus
3 tangkai Daun Kesum
2 Kuntum Bunga Kantan
2.5 L Air
Garam dan Gula
Bahan untuk ditabur seperti Timun, Daun Kesum, Bunga Kantan, Nenas, Salad, Bawang Besar atau Daun Pudina


Cara membuat Laksa Pulau Pinang Citarasa Hotel
  1. Rebus ikan kembung dengan air yang banyak sehingga masak.Keluarkan ikan dan asingkan isi dengan tulangnya.
  2. Tulang ikan direbus semula dengan air rebusan yang sama setengah jam lagi. Tapis air rebusan untuk mendapatkan stok ikan.
  3. Isi ikan dikisar bersama cili kering yang telah direndam, halia, kunyit, cili merah, dan bawang merah.
  4. Masak bahan kisar menggunakan stok rebusan ikan tadi.
  5. Masukkan serai yang diketuk, daun kesum, dan bunga kantan yang dibelah dua. Renihkan setengah jam.
  6. Perasakan dengan jus asam jawa, garam dan gula.
  7. Masukkan sedikit laksa kedalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan untuk ditabur yang dihiris. Tuangkan kuah laksa dan hidangkan.


Tip Masakan Komersial
  1. Untuk stok ikan yang lebih kuat rasanya, kisarkan tulang dan kepala ikan. Rebus semula dan tapis. Jika menggunakan ikan yang sedikit, cara ini yang paling sesuai. Kita perlu menyesuaikan mengikut bahan yang kita ada. Kalau ada sikit, kita masak cara orang miskin. Kalau ada banyak, kita masak cara berjimat cermat.
  2. Biasanya laksa hanya menggunakan ikan dari jenis trout seperti kembung, selar, selayang, kembung batu, selar hijau dan sebagainya. Pilih ikan lebih besar untuk memudahkan kerja mengasing isi dengan tulang. Kini ikan kembung pun dah semakin mahal. Peniaga laksa selalunya mengurangkan penggunaan ikan untuk menjimatkan kos. Hasilnya kuah laksa yang jernih dan cair.
  3. Tanpa daun kesum dan bunga kantan, tak ada maknanya laksa yang kita makan. Pastikan ada sekurang-kurangnya daun kesum. Boleh juga menggunakan daun selasih atau daun roselle. Setiap satu menghasilkan laksa yang sangat istimewa.
  4. Untuk kuah yang lebih kuat dan berperisa, boleh tambahkan belacan atau otak udang atau kedua-duanya. Bila guna otak udang, warna kuahnya akan menjadi gelap. Kuah laksa begini selalunya diminati oleh kaum cina. Jika anda berniaga di kawasan yang ramai penduduk cina, gunakan cara yang mereka suka.
  5. Laksa ni kalau ada banyak warna akan menarik lebih ramai pembeli. Ada hijau, merah, kuning dan sebagainya. Susun cantik-cantik. Rupa yang cantik adalah perkara kedua yang pelanggan akan nilai sebelum memesan semangkuk hidangan di restoran anda.
  6. Ada juga yang gemar menikmati laksa ini bersama sambal belacan terutama yang suka pedas. Boleh juga ditambah limau kasturi yang dibelah dua untuk yang gemarkan masam. Selera pelanggan bermacam-macam. Ikutkan sahaja keinginan mereka.
  7. Laksa pulau pinang adalah hidangan yang lengkap. Sumber karbohidrat diperolehi dari mi laksa, protin dari ikan dan serat dari sayur-sayuran dan semuanya berkhasiat dan kaya dengan vitamin. Teknik memasak haba lembab dengan kaedah merebus tanpa menggunakan apa-aa lemak, sangat sesuai untuk individu yang mementingkan kesihatan. Kalau nak jaga badan, resepi beginilah yang paling sesuai.