Resepi Ikan Jelawat Masak Lemak
Posted by Norasikin Basri on Tuesday, January 3, 2012
Under: Sembang-sembang dan tip masakan
800g Ikan Jelawat
10 bj Cili Padi Merah
1 L Santan dari 1 bj kelapa
1 inci Kunyit Hidup
1 cmb Jus Limau Kasturi atau 1 Kpg Asam Gelugur
1 cmt Garam
Cara membuat Ikan Jelawat Masak Lemak
- Ikan jelawat dipotong lebar-lebar dan dicuci bersih
- Tumbuk cili padi dan kunyit hidup sehingga hancur menggunakan lesung batu.
- Didalam periuk, campurkan semua bahan iaitu bahan tumbuk, santan, garam, asam termasuk ikan jelawat.
- Masak menggunakan api besar sambil mengacau terutama bahagian tepi periuk supaya tak bertahi minyak.
- Setelah mendidih, kecilkan api dan biarkan merenih 2 minit lagi. Kalau menggunakan asam gelugur, keluarkan asamnya setelah cukup masam.
- Hidangkan bersama nasi sewaktu masih panas.
Tip Masakan Komersial
- Hidangan ringkas seperti ini memang sesuai sangat dijadikan produk jualan di restoran anda. Tiada siapa sangka bahan-bahan yang digunakan terlalu ringkas dan menjimatkan. Keaslian rasa ikan akan dapat dikekalkan dan tidak dipengaruhi dengan rasa dan bau rempah-rempah masyarakat kita yang sememangnya kuat.
- Jarang sekali saya lihat masakan ini dicampurkan dengan sayur-sayuran tetapi ini tak bermakna ia tidak sesuai. Anda boleh menambahkan sayur seperti terung bulat, keladi, kacang buncis, kacang panjang dan sebagainya. Jangan lupa lada merah yang dibelah untuk mencantikkan hidangan.
- Hidangan tradisi keluarga adalah contoh ilmu yang baik untuk diwariskan kepada keluarga dan keturunan kita. Ilmu ini bukan sahaja dapat memberi anak cucu kita makan malah dapat memberikan pendapatan berterusan kepada mereka. Jika anda meninggalkan wang yang banyak, sudah pasti ia akan habis suatu ketika nanti. Tetapi jika anda mewariskan ilmu, mereka akan terus menerus mendapat wang untuk keturunan-keturunan anda yang seterusnya sekiranya anda dapat menunjukkan kepada mereka bagaimana ilmu seperti ini boleh ditukarkan kepada wang. Anda tak percaya? Cuba tanyakan kepada anak cucu Hj Samuri pengasas Sate Kajang Hj Samuri atau anak cucu Hj Wahid, pengasas Mi Rebus Hj Wahid. Paling saya akui kehebatannya, Hj Ahmad Bin Hj Abdul Latif (HABHAL) yang mewariskan resepi kicap kipas udang yang terkenal seluruh negara. Tak teringin ke tengok anak cucu anda hidup senang seperti anak cucu Hj Ahmad. Setiap minggu cuma perlu bawa sekotak kecil bahan rahsia resepi tradisi keluarga ke kilang kicap kemudian balik rumah goyang kaki.
In : Sembang-sembang dan tip masakan
Tags: "ikan air tawar" resepi ikan jelawat masak lemak ciili padi warisan tradisi harta pusaka
blog comments powered by Disqus



