Tak sangka pula tahun ni, tempahan ibadah qurban secara online yang saya terima, semuanya datang dari kaum hawa. Mana la peginya kaum adam ni ye. Mungkin ekonomi wanita lebih kukuh kot. Sesuai dengan tema Sambutan Hari Wanita Kebangsaan tahun ini, “Wanita Pencetus Ekonomi Baru.” PM kita pun dah mengakui peranan wanita sebagai modal insan, pemacu ekonomi dan rakan transformasi dilihat sebagai aset penting kepada negara. Namun tanggungjawab sebagai wanita dan isteri tak boleh diabaikan. Walaupun dah jadi aset penting, tetap akan sediakan hidangan yang sedap dan berkhasiat untuk keluarga. Mari masak sesuatu yang special sikit hari ini. Grilled Chicken Wing with Cheese Dressing dalam kategori pembuka selera dari masakan barat.

Tak seperti Hidangan Vegetarian Diet semalam, hidangan seperti ini kurang menyihatkan. Jika anda selalu rasa mengantuk, pelupa dan keletihan sepanjang masa, mungkin anda mahu mencuba ini. (Klik)


Bahan-bahan untuk Cheese Dressing
1 cwn Mayonis
½ bj Bawang Besar
2 Ulas Bawang Putih
1 cmb Jus Lemon
4 cmb Sour Cream
1 cmb Distilled White Vinager
100g Blue Cheese
½ cmt Garam
½ cmt Lada Hitam
½ cmt Serbuk Paprika
1 tangkai Daun Parsley Segar

Bahan-bahan untuk Grilled Chicken Wing
10 ketul Kepak Ayam
150g Mentega
2 cmb Gula Perang
1 cmb Kicap Manis
2 cmb Distilled White Vinager
2 cmb Sos Lada Hitam
½ cmt garam
½ cmt Serbuk Lada Hitam
1L Minyak Masak untuk menggoreng.


Cara membuat Grilled Chicken Wings with Cheese Dressing

  1. Untuk membuat cheese dressing, masukkan semua bahan dressing kedalam food processor dan kisar kasar. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam sebelum digunakan.
  2. Bersihkan kepak ayam dan trim bahagian-bahagian yang tajam. Tuskan.
  3. Perasakan kepak ayam dengan garam dan lada hitam.
  4. Panaskan minyak masak sehingga 205˚C dan gorengkan kepak ayam sehingga garing. Tuskan dan biarkan sejuk.
  5. Dalam kuali yang lain, panaskan mentega sehingga cair untuk membuat sos.
  6. Tutup api dan masukkan bahan-bahan yang lain. Kacau sehingga semuanya larut dan sebati.
  7. Gaulkan kepak ayam dengan sos sehingga rata.
  8. Susun kepak ayam dan grill menggunakan bara atau jika menggunakan oven, setkan kepada 180˚C selama 3 hingga 5 minit untuk menjadikan sos berkaramel.
  9. Hidangkan Grilled Chicken Wings panas-panas bersama Cheese Dressing


Tip Masakan Komersial

  1. Secara umumnya, masakan barat banyak menggunakan bahan tetapi kebanyakkannya tidak mempunyai bau dan rasa yang kuat. Cara membuatnya juga lebih mudah dan tak banyak karenah tetapi perlu disediakan peringkat demi peringkat sebelum dihidangkan bersama.
  2. Jika tiada food processor untuk membuat dressing, anda perlu mencincang semuanya. Tak berapa sesuai jika menggunakan blender kerana ia menyebabkan sebahagiannya terlalu hancur. Pilihlah bahan yang mana boleh dikisar dan bahan mana yang hanya perlu dicincang sahaja sebelum menggaul bersama.
  3. Untuk mendapatkan ayam yang garing, keringkan ayam sepenuhnya menggunakan paper towel sebelum ditabur garam dan lada hitam. Goreng sedikit-sedikit dengan keadaan kepak ayam tenggelam sepenuhnya didalam minyak dan suhu minyak kekal atau lebih kurang sama sebelum dan selepas ayam dimasukkan.
  4. Jika menggunakan deep fat fryer tetapkan suhu pada 220˚C. Masa menggoreng lebih kurang 10 hingga 15 minit sahaja. Terlebih goreng akan menyebabkan isi ayam menjadi kering apabila jusnya keluar dengan banyak.
  5. Sebelum kepak ayam goreng digaulkan dengan sos, pastikan kepak ayam bebas dari minyak supaya sos dapat menyaluti kepak ayam dengan lebih baik. Kalau boleh, lapkan dengan paper towel.
  6. Menggrill kepak ayam hanya sekadar untuk membakar sos yang menyalutinya kerana ayam telah masak sepenuhnya selepas digoreng. Menggunakan bara lebih baik kerana sos dapat menyerap aroma dari asap pembakaran. Kandungan gulanya akan berkaramel dan menjadikan sos yang menyaluti ayam lebih pekat dan berkilat. Kalau ada lebihan sos, boleh disapu lagi keatas kepak ayam supaya sos lebih tebal.