Resepi Cream Of Broccoli Soup
Posted by Norasikin Basri on Wednesday, January 25, 2012
Under: Resepi Masakan Barat
75g Bawang Besar Holland
40g Leeks
40g Celery
1/2kg Broccoli
1 L Stok Ayam
1 cmb Mentega
100g Sos Veloute
150g Heavy Cream
Garam dan Lada Sulah
- Bawang besar, leeks, celery dan broccoli dicincang.
- Panaskan mentega dalan periuk dan tumiskan mirepoix dan broccoli sehingga layu.
- Masukkan sos veloute serta stok ayam dan masak sebentar lagi sehingga semuanya lembut.
- Tutup api, dan gunakan blender untuk mengisar sehingga semuanya halus. Tapis menggunakan kain maslin agar mendapat hasil yang halus sempurna.
- Masukkan bahan kisar yang telah ditapis kembali kedalam periuk dan renihkan selama 10 minit lagi.
- Perasakan dengan garam dan lada sulah.
- Masukkan heavy cream sebelum menghidang panas-panas.
- Sup ini tidak memerlukan roux lagi untuk memekatkannya kerana penyediaan sos volute telahpun menggunakannya. Seperti yang anda tahu, sos lebih pekat dari sup jadi kepekatan untuk sup yang dihasilkan dari sos veloute sudah mencukupi.
- Cuba bayangkan beberapa jenis sayuran lagi yang boleh anda gunakan sebagai bahan utama dalam sup ini selain brokoli seperti bayam dan sebagainya. Mungkin anda akan menemui satu sup yang akan menjadi kegilaan pelanggan anda dan cuma anda sahaja yang mengetahuinya. Fikirkan sesuatu yang betul-betul berbeza dan diluar kebiasaan. Anda boleh mulakan dengan bahan yang paling digemari penduduk disekitar anda atau bahan yang mungkin dikeluarkan oleh penduduk setempat. Contohnya jika penduduk dikawasan anda menanam labu, anda boleh memperkenalkan sup labu.
- Celery yang digunakan bukan daun saderi yang selalu digunakan dalam sup masakan melayu. Celery yang saya gunakan adalah besar dan banyak dijual di pasaraya besar kerana ia diimport dari luar negara. Selalunya hanya batangnya sahaja yang digunakan dan harganya murah sahaja. Biasanya sebungkus sebesar lengan mengandungi hanya serumpun celery sahaja dan harganya hanya sekitar RM3 sahaja.
In : Resepi Masakan Barat
Tags: cream of broccoli soup masakan barat sos veloute ebook resepi mudah cepat ubahsuai
blog comments powered by Disqus




