Kiev adalah ibu negara Ukraine jadi ada yang beranggapan chicken kiev adalah hidangan tradisi berasal dari sana. Namun ada juga yang mengatakan chicken kiev mula-mula dihasilkan di Moscow, Rusia. Mungkin juga orang Ukraine datang ke Rusia dan mencipta hidangan ini. Kini chicken kiev adalah masakan barat yang popular diseluruh dunia. Secara umumnya, chicken kiev adalah isi ayam yang dimasukkan inti mentega, herba dan bawang putih kedalamnya sama ada di sumbat atau digulung kemudian disadur sebelum digoreng atau dibakar. Dari definisinya sahaja kita dah boleh bayangkan cara menghasilkannya. Begitulah mudahnya masakan barat. Walaupun sekarang ni chicken kiev dah melalui berbagai perubahan, namun resepi dibawah ini adalah resepi asas supaya anda lebih memahami resepi masakan barat tradisional.

Macam biasa, masakan barat selalu mempunyai hidangan pengiring agar setiap pinggan lengkap mengandungi protin, karbohidrat dan sayur-sayuran. Orang Malaysia memang kurang peduli hal-hal seperti ini. Makanan yang boleh menyebabkan sembelit pun ramai yang tak tahu. Klik disini kalau nak tau. Untuk itu, dibawah ini saya sertakan bersama resepi Asparagus Wraps with Lemon Mayo. Chicken Kiev juga sangat sesuai dihidang bersama kentang atau nasi. 



Bahan-bahan untuk Resepi Chicken Kiev
150g Mentega
4 ulas Bawang Putih
2 cmb Daun Parsley Segar
1 cmb Tarragon Segar
4 Keping Dada Ayam
1 cwn Bread Crumb
½ cwn Tepung Gandum
2 bj Telur
Garam dan lada hitam.
500ml minyak masak untuk menggoreng.
Bahan-bahan untuk Asparagus Wraps with Lemon Mayo
4 btg Asparagus
4 kpg Beef Bacon
3 cmb Mayonis
1 cmb Jus Lemon
1 cmt Parutan Kulit Lemon



Cara membuat Chicken Kiev
  1. Biarkan mentega pada suhu bilik supaya ia menjadi lembut sedikit.
  2. Cincang bawang putih, daun parsley dan tarragon hingga hancur.
  3. Gaulkan mentega yang telah lembut bersama bahan yang dicincang halus hingga sebati.
  4. Sudukan mentega ke atas plastic wrap kemudian gulung plastik agar mentega menjadi bentuk selinder sepanjang 10c m. Pastikan mentega padat tanpa ruang udara didalamnya.
  5. Sejukkan didalam peti ais agar mentega menjadi keras kembali.
  6. Sementara itu, bersihkan dada ayam kemudian buat satu porongan untuk menghasilkan poket  dengan keadaan mulut poket kecil tetapi ruang didalamnya besar. Pastikan tiada kebocoran.
  7. Keluarkan mentega yang telah keras dari plastic wrap. Potong kepada 4 bahagian untuk disumbat kedalam 4 keping dada ayam.
  8. Setiap bahagian mentega yang dipotong boleh bahagikan lagi kepada 4 bahagian untuk memudahkan proses memasukkan mentega kedalam poket. 
  9. Setelah mentega dimasukkan tutupkan mulut poket dengan pencugkil gigi
  10. Aturkan tepung gandum, telur yang dipukul sedikit dan bread crumb dalam pinggan berasingan untuk proses menyadur.
  11. Celupkan dada ayam kedalam tepung gandum, kemudian telur dan akhir sekali breadcrumb. Siapkan keempat-empat dada ayam.
  12. Panaskan minyak masak yang banyak dalam frying pan. Gorengkan dada ayam sehingga masak. Angkat dan tuskan.
  13. Untuk Asparagus Wraps with Lemon Mayo pula, pertama sekali anda perlu celur asparagus dalam air mendidih selama 2 minit. Angkat dan tuskan.
  14. Campurkan mayonis, jus lemon dan parutan kulit lemon. Perasakan dengan garam, gula dan lada hitam jka perlu. Ketepikan.
  15. Gulungkan beef bacon ditengah-tengah asparagus. Dan hidangkan bersama mayonis tadi.



Tip Masakan Komersial.
  1. Daun parsley dan tarragon dalam sukatan diatas adalah daun segar yang dipotong kasar. Selepas dicincang akan jadi sikit je. Jangan gunakan blender atau ditumbuk menggunakan lesung batu. Cincang menggunakan pisau sahaja. Jika di blender atau tumbuk, warnanya akan menyebabkan seluruh mentega hijau.
  2. Mentega yang dimasukkan dalam poket akan cair sewaktu proses memasak ayam. Inilah yang menarik pada chicken kiev. Apabila pelanggan memotong ayam ini, sosnya akan mengalir keluar. Oleh itu pastikan ayam ditutup dengan rapat dan disadur dengan betul supaya tiada kebocoran.
  3. Saduran ayam boleh diperasakan. Selalunya hanya garam dan lada hitam sahaja digunakan dan dicampurkan kedalam bread crumb. Jarang sekali saya nampak saduran diperasakan dalam tepung gandum dan telur, namun apa salahnya kalau dibuat begitu. Kalau tak diberitahu, tak de sesiapa yang pedulipun. 
  4. Kemahiran menggoreng ayam amat diperlukan untuk masakan ini. Biasanya jika memasak ayam, kita boleh memotong sedikit untuk melihat keadaan dalam ayam bagi mengetahui dah masak atau belum. Tapi untuk chicken kiev, jika ayam dipotong, sosnya akan keluar. Jadi gunakan timing dan pengalaman untuk memastikan ayam sudah masak.
  5. Chicken kiev dihidang tanpa dipotong kerana sosd idalamnya harus dipelihara agar ia hanya keluar apabila pelanggan memotongnya.
  6. Chicken kiev boleh juga dimasak menggunakan oven atau microwave. Apa sahaja kaedah boleh digunakan asalkan ciri utama chicken kiev iaitu sos yang mengalir sewaktu dipotong dapat dicapai.
  7. Beef bacon dijual siap masak atau disalai. Jadi ia boleh terus dimakan. Jika perlu, anda boleh sauté sebentar diatas frying pan.
  8. Mencelur asparagus boleh menyebabkan warnanya menjadi pudar. Ini disebabkan proses memasak yang terlalu lama. Walaupun air untuk merebus asparagus telah dibuang dan asparagus telah dituskan tetapi ia masih lagi panas. Oleh itu proses memasak masih berjalan. Cara yang paling baik adalah dengan mencelup asparagus kedalam air sejuk berais sejurus selepas dicelur. Ini akan menghentikan proses memasaknya. Proses ini dipanggil refresh.
  9. Asparagus wrap juga boleh dihidang panas. Hanya perlu bakar didalam oven selama 3 minit pada suhu 150°C terus dihidangkan bersama mayonis.