Salad dalam masakan barat adalah diantara hidangan yang paling berwarna-warni, berperisa dan berkhasiat dalam sesuatu menu. Salad boleh dihidangkan begitu sahaja atau menjadi pelengkap untuk hidangan lain. Kebanyakkannya dihidangkan sebagai pembuka selera untuk set hidangan yang lengkap. Untuk chef salad, ia lebih mudah berbanding caesar salad dan ia boleh dihidang bersama mana-mana dressing yang anda gemari seperti vinaigrette, tartar sauce, thousand island dan lain-lain.




Bahan-bahan untuk Chef Salad
200g Salad
70g Dada Ayam Belanda
70g Salami
70g Keju Swiss
2 bj Tomato Ceri
2 bj Telur Ayam
2 bj Radishes
60g Lobak Merah
60g Lada Benggala



Cara membuat Chef Salad
  1. Dada ayam belanda perlu dimasak dahulu. Gunakan mana-mana kaedah yang anda suka sama ada bakar, kukus, rebus atau goreng. Sebagai perasa cukup dengan menggunakan garam dan lada hitam. Setelah masak, racik halus berbentuk julienne.
  2. Salami dan keju swiss juga dipotong julienne nipis manakala lobak merah dipotong berbentuk batonet.
  3. Telur ayam direbus sehingga keras dan kupas. Kemudian belah empat.
  4. Lada benggala dipotong cecincin. Tomato ceri tak perlu dipotong lagi kerana ia sudah kecil. Jika mahu, boleh belah dua.
  5. Bahagikan bahan-bahan kepada 2 bahagian untuk membuat 2 porsi hidangan chef salad.
  6. Susun salad didalam pinggan.
  7. Kemudian barulah disusun ayam belanda, salami, keju dengan rapi diatas salad.
  8. Akhir sekali susunkan bahan-bahan lain tanpa mencampur adukkan antara satu sama lain.
  9. Hidangkan sejuk bersama dressing yang anda gemari.



Tip Masakan Komersial
  1. Pertama dan yang paling utama dalam menyediakan salad, adalah sayur-sayuran mestilah segar dan rangup terutama daun salad, Gunakan berbagai jenis daun salad. Lebih berwarna-warni lebih menarik.
  2. Untuk menjaga kesegaran sayur-sayuran salad selalunya dihidangkan diatas pinggan yang telah disejukkan terlebih dahulu.
  3. Berbagai jenis salad yang boleh didapati di negara kita. Untuk jenis-jenis salad import, mungkin hanya diperolehi di pasaraya besar sahaja. Gunakan mana-mana jenis salad yang anda suka. Dalam masakan barat, salad yang popular adalah seperti iceberg lettuce, romaine lettuce, boston lettuce, curly endive, frisee, witloof chicory, watercress dan radicchio.
  4. Masakan barat memang suka mengada-adakan syarat tertentu dalam masakannya padahal tak ada beza apa pun. Begitu juga dengan chef salad. Semua bahan perlu diatur diatas pinggan tanpa berterabur. Maksudnya, bahan-bahan disusun hanya pada satu tempat sahaja. Tak boleh sedikit di kiri pinggan, sedikit di kanan pinggan. Berbeza dengan Caesar Salad, setiap bahan boleh di taburkan merata-rata pinggan, bercampur aduk.
  5. Salad yang disediakan perlu dihidang segar serta-merta. Jadi, salad perlu dibuat satu jam lebih awal. Jika anda perlu menyediakan dalam porsi yang banyak, lebih banyak masa diperlukan, jadi selepas disusun dalam pinggan, tutup menggunakan cling wrap. Jika perlu, masukkan dalam peti ais.
  6. Salad dressing boleh dicurahkan keatas salad atau dihidang dalam berasingan. Gunakan dressing yang mudah seperti vinaigrette atau mayonis. Boleh juga menggunakan dressing dari artikel saya yang terdahulu seperti Resepi Salad Buah-buahan, Resepi Coleslaw Mudah dan Ringkas, dan Resepi Cocktail Udang Galah.