Jika disebut cekodok atau jemput-jemput tentu semua orang dah tau. Cekodok kentang pula ramai yang dah boleh agak. Tapi bila dengar mengenai cekodok kentang Autoreverse™ pula mungkin ramai yang belum mengatahuinya. Saya pun dah lama tak mendengar perkatan Autoreverse™ ni semenjak pita kaset hilang popularitinya dengan kemunculan cakera padat. Tapi ini bukan mengenai hiburan. Entri ini juga seluruh blog ini adalah mengenai makanan dan masakan yang diselitkan dengan ilmu perniagaan untuk menjadi panduan usahawan dan bakal usahawan makanan di Malaysia.

Anda dah biasa dengar mengenai Blackberry Messenger. Sekarang cuba anda lihat sendiri.

Bahan-bahan untuk Cekodok Kentang Autoreverse
200g kentang rebus
100g tepung gandum
100g air
1 cmt soda bikarbonat
4 cmb gula pasir
1 cmt garam
Minyak untuk menggoreng tenggelam

Cara membuat Cekodok Kentang Autoreverse
  1. Kisar kentang rebus, air, garam dan gula sehingga halus.
  2. Masukkan dalam mangkuk dan tambahkan soda bikarbonat. kacau sehingga berbuih
  3. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
  4. Rehatkan adunan 5 hingga 10 minit.
  5. Sementara itu panaskan minyak untuk menggoreng dengan api sederhana.
  6. Gorengkan adunan bulat-bulat sebesar ibu jari menggunakan sudu atau tangan.
  7. Goreng selama 2 minit, angkat dan tuskan sebelum dihidang panas-panas.

Tip Masakan Komersial

  1. Pasti yang pertama sekali terlintas difikiran anda adalah perkataan Autoreverse™ tu. Saya tak sempat lagi nak bercerita mengenainya kerana kalau cakap sahaja tak guna. Perlu ada bukti kukuh. Insya Allah esok atau lusa jika dah ada bahan sebagai bukti, baru saya cerita panjang sikit.
  2. Ada juga beberapa sahabat saya yang tak terfikirpun nak buat cekodok dari kentang. Biasanya mereka dengar mengenai cekodok pisang je. Banyak lagi idea cekodok yang sangat sesuai sebagai rangkaian produk Autoreverse™. Antaranya adalah keledek, labu, ubi (yg ni saya belum try), keladi dan sebagainya. Ada sesiapa teringin makan cekodok oat tak?
  3. Entri mengenai rangkaian produk Autoreverse™ ni sebenarnya bertujuan untuk mendidik usahawan makanan mengenai teknik pemasaran yang beretika tapi sangat berkesan. Sekarang ni nak cerita banyak-banyak pun tak boleh. Saya akan sambung lagi dalam entri Resepi Cekodok Pisang Autoreverse™. Insya Allah.