Dah masanya membuat kuih raya. Bagaimanapun pilihlah kuih raya yang berkhasiat dan bukan hanya sedap je. Setiap kali hari raya, tak ramai yang mempedulikan kesihatan sendiri. Apa ada depan mata semuanya di makan. Tak ambil kisah lagi dengan piramid makanan. Lepas raya ramai yang merosot tahap kesihatannya. Klinik dan hospital dipenuhi pengunjung yang memerlukan rawatan dan ubat. Kebanyakkannya kencing manis, darah tinggi, lemah jantung. Kalau makan rendang tu, ingat-ingat sikit. Kalau makan kuih raya, ambil kira kandungan gula. Memang semunya sedap-sedap tapi sedap tak semestinya kena makan banyak. Banyak kuih raya yang mengandungi serat dan berkhasiat tetapi tetap juga mengandungi gula, lemak dan sebagainya. Kesimpulannya, apa sahaja jenis kuih, tak perlu dimakan berlebih-lebihan. Sentiasa bersederhana dalam hidup.


Bahan-bahan untuk Biskut Oat Chrunchy
1 1/2 cwn Tepung Gandum
1 cmt Soda
1/2 Garam
1 cwn Majerin
1 cwn Gula Pasir Kisar
1 bj Telur
1 cmt Esen Vanila
3 cwn Oat Segera
1 cwn Chocolate Chip


Cara membuat Biskut Oat Chrunchy
  1. Pukul majerin dan gula sedikit kembang dengan kelajuan sederhana.
  2. Masukkan esen vanila dan telur sambil terus dipukul
  3. Kisar oat dengan pengisar bijirin.
  4. Masukkan satu persatu sambil dikacau dimulakan dengan tepung kemudian oat dan akhir sekali coklat cip.
  5. Bentukkan bulat sebesar guli dan leperkan setebal 1/2 cm.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15 minit sehingga masak. 10 minit jika menggunakan turbo fan.
  7. Sejukkan diatas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


Tip Masakan Komersial

  1. Saya suka tekstur biskut ini yang seolah-olah berlapis. Untuk mendapatkan tekstur begini, anda perlu kisar separuh sahaja oat tadi. Sewaktu anda meleperkan adunan, oat ini akan melintang dan tersusun cantik. Bagaimanapun jika menggunakan oat yang kasar ini, amat tidak sesuai untuk dicetak kerana oat sukar dipotong menggunakan acuan. Ini akan menyebabkan biskut anda berbulu. Apa benda berbulu tu?
  2. Sekarang ni krisis mentega tidak halal memang membelenggu pengusaha kuih raya. Saya juga memilih untuk menggunakan majerin yang rendah kolesterolnya. Namun anda boleh pilih mentega dengan logo halal JAKIM yang sah.
  3. Sedap ke kalau tambah kekacang? Sudah tentu la. Boleh juga dicampurkan serbuk koko, bijirin sarpan, buah-buahan kering dan sebaginya. Jangan la dicampurkan semunya. Lebih baik dijadikan beberapa jenis biskut raya. Sekali adun, bahagikan kepada beberapa bahagian. Satu masuk kacang, satu masuk kismis, satu tambah kopi dan lain-lain. Satu malam, kuih raya semua settle. Hari lain boleh digunakan untuk berniaga.