Resepi Ayam Panggang Pengantin
Posted by Norasikin Basri on Friday, January 13, 2012 Under: Tips dan Resepi Malaysia
1 ekor Ayam Muda
1 inci Halia
2 ulas Bawang Putih
3 cmb Sos Tiram
1 cmb Madu
Secubit Garam dan Lada Sulah
1 cmb Minyak Masak
1 bj Bawang Besar – Pilihan
1 btg Carrot - Pilihan
- Tumbuk halia dan bawang putih sehingga lumat.
- Gaulkan bahan kisar, sos tiram, madu minyak, garam dan lada sulah.
- Sapukan rata-rata pada ayam yang telah dibersihkan. Sapu bahagian dalam perut ayam sekali.
- Perapkan ayam dalam peti ais dalam bekas bertutup atau gunakan plastik sling.
- Bawang besar dibelah 2 atau 4. Carrot di potong kasar-kasar.
- Ikat ayam dengan benang kasar supaya kepak dan kakinya rapat kedada.
- Bungkus ayam bersama bawang dan carrot dalam kerajang aluminium.
- Panaskan ketuhar 230˚C dan bakar selama 45 minit hingga 1 jam bergantung kepada berat ayam. Jika menggunakan oven tanpa fungsi turbo mungkinmengambil masa sehingga 1 setengah jam.
- Setelah ayam masak, letakkan ayam dalam pinggan hidang dan buka ikatan tali.
- Jus-jus ayam dalam kerajang aluminium boleh dikumpul bersama sayur-sayur tadi. Panaskan dalam kuali. Tambah sedikit air jika perlu. Setelah pekat, tapis cecairnya dan sapukan pada ayam.
- Gunakan ayam muda yang bersaiz lebih kurang 1.5kg – 2kg kerana ayam ini lebih lembut dan boleh muat dalam kebanyakkan oven dirumah.
- Madu menjadikan warna ayam lebih gelap dan berkilat dengan rasa yang lebih unik. Jika tiada, gula boleh digunakan.
- Ayam dibungkus dalam aluminium foil kerana teknik memanggang menyebabkan kehilangan cecair yang banyak. Apabila dibungkus, kehilangan air dapat dikurangkan. Bagaimanapun, berhati-hati ketika membuka bungkusannya kerana kulit ayam mungkin melekat pada aluminium foil menyebabkan kulit terkoyak dan hasilnya kurang cantik.
- Cecair atau jus ayam yang keluar mengandungi banyak perasa dan enak. Namun ia kurang berkhasiat. Jika anda masak untuk makan bersama keluarga, lebih baik dibuang sahaja.
- Bahagian ayam ada yang tebal dan nipis. Ketebalan yang jauh berbeza ini menyebabkan masaknya tidak sekata. Oleh itu ayam diikat rapat supaya bahagian ini dapat dilindungi dari terus hangus sebelum bahagian yang tebal masak. Lagipun ayam akan lebih cantik ketika dihidang. Tak de la nampak ayam tu terkangkang mencapah je.
Tags: ayam panggang pengantin resepi bakar tip teknik memanggang
blog comments powered by Disqus