Walaupun kari lebih popular di negara kita berbanding Thailand, namun kari mereka tetap istimewa. Malah mereka ada 2 jenis kari yang popular dan jauh berbeza iaitu kari merah dan kari hijau. Kalau anda suka yang hijau, boleh rujuk artikel Resepi Kari Hijau Thai. Bahan utama kari di Malaysia juga Thailand, sudah tentunya cili, ketumbar dan jintan. Bagaimanapun kari Thailand jauh berbeza dari segi rasa dan aromanya kerana mereka menggunakan herba beraroma yang menjadi ciri utama masakan Thai. Dalam masakan barat, mereka juga ada kari tetapi mereka tentulah menggunakan herba beraroma negara mereka. Yang penting bahan utama yang memberikan ciri-ciri kari tak boleh dilupakan.


Mereka ini adalah usahawan berjaya yang telah memenangi pelbagai anugerah. Sebagai founder, mereka sudi berkongsi ilmu mereka. Kalau anda berhasrat untuk maju dalam bidang makanan, saah seorang dari mereka boleh mambantu. Belajarlah bagaimana idea-idea bernas dan baru dari mereka boleh anda gunakan untuk memajukan perniagaan anda. Klik gambar.



Bahan-bahan untuk Ayam Masak Kari Merah Thai

¼ ekor Ayam dipotong kecil

10 tangkai Cili Kering

3 cmt Lada Putih

½ cmt Jintan Manis

½ cmt Ketumbar

5 ulas Bawang Putih

1 btg Serai

1 bj Bawang Besar

1 hiris Lengkuas

1 cmt Parutan Kulit Limau Purut

2 helai Daun Limau Purut

½ cmt Belacan

1 cmt Garam

2 cmb Gula Pasir

¼ cwn Minyak Masak

1 cmt Jus Limau Nipis

Sedikit air jika perlu



Cara Membuat Ayam Masak Kari Merah Thai

  1. Bersihkan ayam dan bahan-bahan lain seperti biasa. Rendam cili kering hingga kembang.
  2. Sangai ketumbar dan jintan dengan api perlahan jika suka untuk menaikkan baunya. Kemudian tumbuk kedua-duanya bersama lada putih.
  3. Tumbuk bahan-bahan basah iaitu cili kering, bawang putih, bawang besar, lengkuas, kulit limau purut, dan belacan hingga lumat. Untuk memudahkan kerja, hiris dahulu bahan-bahan tersebut terutamanya serai dan bawang besar.
  4. Gaulkan bahan tumbuk basah dan kering bersama.
  5. Panaskan minyak masak dalam kuali dengan api sederhana. Kemudian tumiskan bahan-bahan tumbuk dan daun limau purut sehingga naik bau.
  6. Apabila telah pecah minyak, baru dimasukkan ayam. Gaul rata. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  7. Masak sehingga ayam empuk. Boleh tutup kuali supaya ayam cepat empuk dan kehilangan air dapat dikurangkan.
  8. Setelah itu, barulah diperasakan dengan garam gula dan jus limau nipis.
  9. Renehkan sebentar sahaja lagi kemudian barulah dihidangkan bersama nasi atau roti.



Tip Masakan Komersial.

  1. Dalam resepi kari merah thai, mereka masih lagi menggunakan bahan yang mencerminkan ciri-ciri kari namun kuantitinya telah dikurangkan kerana mereka ingin mengutamakan rasa dan bau dari masakan thai.
  2. Begitu juga dengan rempah-rempah yang selalu kita gunakan untuk kari seperti rempah 4 sekawan, jarang sekali mereka gunakan kerana baunya yang kuat akan mengurangkan rasa dan bau masakan thai.
  3. Menumbuk bahan-bahan perencah menggunakan lesung batu jauh lebih baik berbanding blender atau food processor. Apabila menggunakan lesung batu, sel-sel bahan akan terpecah dan menghasilkan haruman yang diperlukan. Bahan-bahan itu juga akan mengeluarkan minyak apabila ditumbuk dalam waktu yang lama. Ini menjadikan masakan lebih sedap dan beraroma.
  4. Setakat ini, saya dapati kari merah thai tidak menggunakan santan. Bagaimanapun, apa salahnya jika anda menambahkan sedikit. Kari merah thai juga tidak berkuah seperti kari kita. Kuahnya sedikit sahaja tetapi tidak terlalu kering seperti rendang. Saya kalau makan mesti nak kuah jadi saya lebihkan perencahnya supaya nasi saya tak terlalu kering.
  5. Thai Red Curry boleh menjadi satu produk yang menguntungkan sekiranya kita bijak mengolahnya. Ramai pengguna diluar sana sering menggunakan perencah segera dalam hidangan harian. Sebagaimana anda lihat berbagai pes segera di pasaran seperti kari, asam pedas, rendang, sambal kacang, sambal tumis dan lain-lain, begitulah kaedahnya jika anda berminat memasarkannya. Masukkan dalam botol kaca atau paket yang penting persembahannya mesti menarik.