Kalau disebut dalam bahasa omputeh, memang sedap je bunyinya. Cuba terjemahkah dalam Bahasa Malaysia. Jadi la epal goreng. Sama spesis dengan pisang goreng, keledek goreng, keladi, sukun, ubi dan sebagainya. Memang tak ada kelas. Jadi kat hotel hanya menyajikan apple fritters dan bukannya epal goreng. hehehhe

Bahan-bahan untuk Apple Fritters
2 bj epal hijau
80g tepung gandum
20g tepung beras
130ml susu segar
1 cmb minyak masak
1 bj telur (C)
1/2 cmt garam
1/4 cwn minyak untuk menggoreng

Bahan untuk Sos Apricot
1 bj Aprikot (Segar atau dalam tin tetapi bukan kering)
50g gula
150 ml air
1 cmb jus lemon
1 cmt tepung jagung digaul dengan 2 cmb air

Cara membuat Apple Fritters
  1. Kupas kulit epal dan buang empulurnya.
  2. Potong epal setebal 1/2 cm membentuk gegelang
  3. Gaulkan tepung gandum, tepung beras dan garam.
  4. Masukkan separuh susu dan kacau batter dengan perlahan sehingga tidak bergentel.
  5. Masukkan semua lebihan susu dan minyak dan kacau sehingga licin.
  6. Pukul telur sehingga kembang, masuk dan gaulkan kedalam batter sejurus sebelum menggoreng fritters.
  7. Panaskan minyak dalam frying pan.
  8. Celup epal ke dalam batter dan goreng sehingga garing.
  9. Angkat dan tuskan sebelum dihidang bersama sos.

Cara Membuat Sos Aprikot

  1. Kisar buah aprikot bersama air dan gula sehingga halus. Jika menggunakan buah dalam tin, lebih baik gunakan air sirap tin itu lebih baik. Tak perlu tambah gula lagi.
  2. Masak larutan buat bersama bahan-bahan lain sehingga pekat dengan api yang perlahan.
  3. Tapis sos dan sedia dihidang.

Tip Masakan Berguna

  1. Apple Fritters termasuk dalam kategori desert panas jadi amat sesuai dihidang sewaktu panas dan garing.
  2. Selain epal, hidangan ini sesuai menggunakan nenas dan semestinya pisang.
  3. Adunan batter perlu pekat untuk menyaluti keseluruhan buah dan amat penting sekiranya anda mengunakan buah-buahan yang banyak air. Jika perlu lumur dulu buah-buahan yang banyak air sebelum dicelup kedalam batter dan digoreng.
  4. Pastikan minyak betul-betul panas untuk mengelakkan fritters menyerap minyak.