Hujung minggu sahaja peluang yang ada untuk melegakan urat-urat otak yang tersimpul. Melihat anak bergembira sudah cukup untuk saya.

Tak sangka, di tengah-tengah bandar Johor Bahru yang membangun masih terdapat satu kawasan yang berudara segar. Hutan Bandar terletak berhampiran Taman Merdeka yang pernah saya ceritakan suatu ketika dahulu.

Walaupun Hutan Bandar mempunyai berbagai tarikan yang lain, saya hanya mengunjungi kolam renang untuk kanak-kanak sahaja sebagai memenuhi janji dengan Ahza. Lagipun tiada bayaran dikenakan.

Lihatlah keriangan mereka semua. Anak-anak bergembira manakala ibubapa terhibur dengan gelagat anak-anak.

Terdapat 3 kolam untuk kanak-kanak yang di susun bertingkat. Itupun sudah cukup menggembirakan anak saya. Asyik nak tukar kolam je.

Beginilah caranya saya menghabiskan hujung minggu. Semoga anda juga dapat menggunakan masa lapang yang ada dengan cara yang berkualiti. Gambar-gambar dibawah adalah gambar yang sempat saya ambil di sekitar kolam mandi di Hutan Bandar Johor Bahru.