Kepada yang belum mengetahui apa itu program subur, biarlah saya terangkan sedikit dahulu.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mencadangkan supaya kaedah pelaksanaan program subsidi beras ST15% sedia ada tidak diteruskan selepas 30 November 2009 dan diganti dengan kaedah baru iaitu pemberian baucar kepada golongan sasar di bawah program yang dipanggil Program “Subsidi Beras Untuk Rakyat” atau ringkasnya SUBUR. Program ini akan dilaksanakan bermula 1 Disember 2009.

Antara faedah dari program ini:

  1. Memastikan subsidi sampai kepada golongan sasar.
  2. Menghentikan penyelewengan subsidi.
  3. Menjimatkan perbelanjaan kerajaan.
Kelayakan memohon hanya kepada yang berpendapatan RM1000.00 (luar bandar) dan RM1500.00 (bandar)

Kali pertama mendengar berkenaan program ini saya hanya terfikir, pasti ada sahaja cara yang akan digunakan oleh golongan yang tidak bertanggung jawab untuk menyelewengkan subsidi beras kerajaan. Mungkin penerima subsidi menjualkan kupon kepada orang lain, kupon palsu, pengedaran kupon kepada golongan yang tidak sah atau apa sahaja yang mungkin tidak terfikirkan oleh akal kita. Alahai manusia... Penyeludup beras pun mesti tengah memerah otak untuk meneruskan kegiatannya ataupun mungkin sibuk mencari agen untuk mendapatkan beras bersubsidi.

Lebih baik kita fikirkan perihal golongan pertengahan yang gajinya lebih sedikit dari kuorta kelayakan pemohon SUBUR. Dari sudut mereka, bermakna harga beras akan naik. Perbelanjaan pasti meningkat sedangkan kalau mereka tahu perkara ini akan berlaku sudah tentu mereka tak jadi beli kenderaan atau rumah beberapa bulan lepas. Apa nak buat... Segala-galanya sudah terlanjur. Mana boleh nak pulangkan kereta yang dah dibeli begitu sahaja. Pasangan yang beranak ramai akan terduduk. harap kerajaan memberi kelonggaran kepada keluarga yang mempunyai tanggungan ramai. Kasihanilah mereka.

Bagaimana pula dengan peniaga makanan berasaskan beras? Nasi goreng, nasi ayam, nasi beriyani dan pelbagai jenis nasi lagi, pasti naik harga. Begitu juga dengan mihun dan laksa. Sekarang ni pun nasi beriyani pun dah RM5.00. Mungkin lepas ni jadi RM6.00 pulak. Nampaknya chicken chop lagi murah. Kos untuk membuat chicken chop dalam Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial baru RM5.00!

Mungkin inilah masanya untuk kita berubah. Dari berbelanja besar makan diluar lebih baik masak sendiri. Kalau makanan asasi pun kita susah nak beli, apa lagi makanan barat.... Mulakan dengan belajar memasak segala jenis masakan untuk keluarga kita. Bukan penat sangat memasak ni. Setakat buat black paper steak, tak berpeluh pun. Pastikan kita dapat 3 aspek penting untuk hidangan keluarga kita iaitu, sedap, selamat dan pastinya jimat!

Download borang permohonan Program SUBUR. Klik disini