Sebelum saya bercerita lanjut mengenai berita baik yang akan saya umumkan, saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Saya juga dengan rendah hati mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin. Saya sedar selama saya menulis blog ini pasti banyak kesilapan dan kekurangan yang saya lakukan dan sudah pastinya bukan sedikit yang terasa hati. Harap anda dapat memandang idea-idea, sindiran-sindiran dan komen-komen saya dari sudut positif. Memang ada yang pedas, memang ada yang menyakitkan hati tetapi semua itu berniat ikhlas untuk membantu sesama saudara. Seperti anda, saya juga tak nampak kesilapan sendiri. Saya juga perlukan tunjuk ajar dan teguran anda semua. Mari kita sama-sama saling memaafkan, moga hidup kita lebih tenang dan jika diizinkanNya dapat kita bertemu lagi, bulan yang mulia dan hari yang bahagia ditahun hadapan.

Sudah 2 tahun saya tak merasa bonus hari raya tapi tahun ini alhamdulillah, ada rezeki untuk saya. Setelah 2 tahun tanpa bonus, membuatkan saya terbiasa dan tidak mengharapkan bonus untuk menyambut Hari Raya dengan gembira. Jadi saya berhasrat untuk menjadikan bonus ini sebagai hadiah kepada pembeli-pembeli baru ebook-ebook tulisan saya. Saya menghargai dan menyokong anda yang betul-betul berminat dan berani menanggung risiko menceburi perniagaan dalam bidang masakan. Dengan ini secara rasminya saya mengumumkan bonus sebanyak RM9.90 kepada pembeli baru ebook-ebook saya dan ini menjadikan harga ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial hanya RM40 sahaja. Saya amat berharap, harga bonus ini akan menarik minat anda yang masih takut-takut untuk mencuba, yang masih kurang yakin dan yang masih was-was untuk berjaya dengan meraih keuntungan melalui perniagaan masakan barat dan kek-kek komersial.

Saya juga berbesar hati untuk mengekalkan ebook-ebook bonus sama seperti biasa iaitu ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial 2 hingga 5 kerana saya benar-benar menyokong anda menceburi bidang perniagaan. Jadi anda bukan sahaja dapat mempelajari masakan barat tetapi juga hidangan iringan, kek coklat moist, kek buah-buahan dan kek keju. Saya tahu, ramai yang berminat dengan resepi-resepi kek komersial tulisan saya terutama kek coklat moist sehingga ramai yang ingin membeli resepi kek sahaja. Bagaimanapun saya tak dapat menjual resepi kek tersebut kerana janji saya ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial 2 hingga 5, adalah percuma. Ia tetap percuma tak kira berapa harga yang anda tawarkan. Oleh itu saya harap anda dapat merebut peluang ini.

Ini adalah kali kedua saya memberi diskaun kepada ebook-ebook saya. Kali pertama adalah pada Hari Bertuah Saya. Itupun hanya diberikan melalui jemputan kepada 500 orang sahaja. Tetapi kali ini ia adalah terbuka kepada semua. Saya menetapkan tawaran ini bermula 17 Ogos 2011 sehingga 24 Ogos 2011 atau kira-kira 150 pembeli sahaja kerana ia bergantung kepada nilai bonus yang saya terima. Ini bermakna semua bonus yang saya terima digunakan untuk memberi bonus kepada anda. Siapa cepat dia dapat. Jangan kecil hati kalau terlambat.

Kepada yang telah mendapatkan ebook-ebook saya, jangan rasa terkilan. Saya menghargai kesungguhan anda. Anda memang berani mencuba. Jadi beri peluang kepada saudara-saudara kita. Mereka ini masih memerlukan sokongan untuk meningkatkan semangat dan keberanian. Doakanlah kejayaan mereka.

Akhir sekali, saya ingin mengumumkan saya akan bercuti dari 27 Ogos 2011 sehingga 4 September 2011. Segala urusan pembelian, download ebook dan lain-lain perlu diselesaikan sebelum tarikh itu. Walaupun saya masih membuka email pada tarikh itu tetapi mungkin tidak sekerap sekarang. Semua urusan online saya mungkin lambat sedikit kerana saya akan berada di kawasan yang kurang capaian internet. Harap semua memahaminya. Dan saya mohon maaf banyak-banyak.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

p/s : Kaedah pembelian masih sama seperti biasa cuma harga sahaja yang berubah kepada RM40. Kepada yang melakukan pembayaran pada harga normal iaitu RM49.90 tak kira sama ada kerana tidak membaca perutusan ini atau kerana kesilapan, perlu diingat wang anda tidak akan dikembalikan.