Macam tahun-tahun dulu jugak, saya pasti diterjah dengan berbagai soalan berkenaan permohonan kemasukkan ke sekolah menengah teknik dan vokasional 2012. Ada yang nak tahu sekolah mana yang boleh dipilih. Ada jugak yang nak tau kursus apa yang ditawarkan dan yang paling banyak adalah macam mana cara nak membuat permohonan ke sekolah teknik dan vokasional tu. Tapi yang paling saya tak boleh jawab adalah, adakah saya layak memasuki sekolah teknik dan vokasional.
Untuk memudahkan saya menjawabnya dibawah ni saya siapkan beberapa maklumat penting untuk sesiapa yang berminat untuk memohon ke tingkatan 4 sekolah teknik dan vokasional. Permohonan ke kolej vokasional pun boleh juga.

Jadi, saya harap adik-adik yang dah dapat keputusan percubaan PMR tu bolehlah mula memohon ke sekolah atau kolej voksional. Untuk memohon sekolah teknik perlu menggunakan keputusan PMR yang sebenar. Syarat utamanya, mestilah telah menduduki peperiksaan PMR 2011. Kemudian mestilah sihat tubuh badan. Akhir sekali untuk pemohon bidang kejuruteraan, mestilah tidak rabun warna.

Baca baik-baik maklumat yang terdapat dibawah ini agar tidak melakukan sebarang kesilapan yang mungkin menjejaskan masa depan anda.

Syarat-syarat umum untuk memohon ke Kolej dan Sekolah Teknik dan Vokasional Kemasukkan 2012
Senarai dan kod Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional seluruh Malaysia Terkini 2012
Senarai kod dan kursus bidang Teknik dan Vokasional seluruh Malaysia Terkini 2012

Setelah dapat segala maklumat yang diperlukan, anda boleh download borang permohonan dalam link dibawah ini.
Klik disini untuk download Borang Permohonan Kemasukan ke Kolej dan Sekolah Teknik / Vokasional 2012

Anda boleh memohon secara manual dengan membawa borang terus kepada sekolah yang dipohon. Sila minta bantuan kakitangan disana untuk isikan permohonan secara online dan pastikan secara sopan. Atau anda boleh mohon sendiri secara online.
Klik disini untuk mengisi borang Borang Permohonan Kemasukan ke Kolej dan Sekolah Teknik / Vokasional 2012

Anda boleh mengemaskini permohonan anda beberapa kali. Tarikh tutup :19 Disember 2011