Permohonan Kemasukkan ke IPTA Untuk Lepasan STPM / STAM / Diploma / Matrikulasi / Asasi untuk sesi 2011 / 2012 | Panduan Permohonan UPU Online

Pertama - anda perlu ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membeli Nombor Unik ID kerana anda akan memerlukan nombor ini untuk memasuki aplikasi permohonan. Untuk melihat contoh slip BSN yang mengandungi No Unik ID, sila klik disini.
Kedua - Kenalpasti kategori permohonan anda.
1. Untuk Lepasan Matrikulasi/Asasi, kategori adalah seperti berikut
- Kategori P Lepasan Matrikulasi KPM : Aliran Perakaunan
- Kategori N Lepasan Matrikulasi KPM / PASUM / Asasi UiTM : Aliran Sains
- Kategori U Lepasan Asasi UiTM: Aliran Undang - undang
- Kategori L Lepasan Asasi UiTM: Aliran TESL
- Kategori K Lepasan Asasi UiTM: Aliran Kejuruteraan
- Kategori J Lepasan Matrikulasi KPM : Aliran Teknikal
2. Untuk Lepasan STPM dan STAM, kategori adalah seperti berikut
- Kategori A Lepasan STPM 2010 : Aliran Sastera
- Kategori S Lepasan STPM 2010 : Aliran Sains
- Kategori T Lepasan STAM 2010 dan 2009
3. Untuk Lepasan Diploma / Setaraf, kategori adalah seperti berikut
- Kategori E Lepasan Diploma/Setaraf : Aliran Sastera
- Kategori F Lepasan Diploma/Setaraf : Aliran Sains
Anda boleh menyemak Kategori Permohonan anda di Laman Semakan Jenis Calon (Sila KLIK disini)
Ketiga - anda perlu mengenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih seperti kursus/program dan universiti/institusi mana yang diingini, serta syarat-syarat khas kemasukkan sesuatu kursus itu. Untuk itu anda boleh semak link dibawah ini
Senarai kursus, program dan institusi yang ingin dipohon.
Institusi yang terlibat adalah seperti berikut
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Darul Iman Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Sabah, Universiti malaysia Pahang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknoligi Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Unversiti Malaysia Sarawak, Universiti islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Klik disini untuk senarai Program, Kursus dan Institusi yang boleh anda pilih.
Dalam link diatas itu juga anda boleh mendapat beberapa maklumat penting mengenai universiti seperti sejarah, matlamat, visi, misi, kemudahan dan program-program yang ditawarkan untuk setiap fakulti yang terdapat di sana.
Jangan sesekali memilih program yang tidak layak untuk anda kerana ini akan mengurangkan peluang anda untuk memilih program yang lebih baik.
Keempat - Anda mestilah membaca dengan teliti serta fahamkan maklumat yang terdapat dalam Panduan Mengisi Borang. Ini untuk mengelakkan sebarang kesilapan sewaktu mengisi borang terutama borang yang melibatkan format, dan maklumat yang mengelirukan.
Panduan Mengisi Borang untuk Calon Lepasan Matrikulasi / Asasi
Panduan Mengisi Borang untuk Calon Lepasan STPM / STAM
Panduan Mengisi Borang untuk Calon Lepasan Diploma / Setaraf
Kelima - Kini barulah anda cukup bersedia untuk mengisi borang permohonan kemasukkan ke IPTA yang sebenarnya. Pastikan semua maklumat yang diperlukan telah berada dihadapan anda supaya mudah anda mencapainya nanti. Ini untuk mengelakkan anda terlupa atau tertinggal sesuatu sewaktu mengisi borang permohonan. Ingat! Anda sedang menentukan masa depan anda yang lebih cemerlang. Jangan lupa klik butang "Sah & Hantar" agar permohonan anda selamat dalam sistem aplikasi.
Klik disini untuk Borang Permohonan Online Kemasukkan ke IPTA untuk Lepasan Matrikulasi/Asasi, STPM dan STAM
Klik disini untuk Borang Permohonan Online Kemasukkan ke IPTA untuk Lepasan Diploma / Setaraf
Keenam - Anda boleh menyemak borang permohonan anda untuk memastikan tiada kesilapan berlaku
Klik disini untuk menyemak Permohonan Online Kemasukkan ke IPTA untuk Lepasan Matrikulasi/Asasi, STPM dan STAM
Klik disini untuk menyemak Permohonan Online Kemasukkan ke IPTA untuk Lepasan Diploma / Setaraf
Ketujuh - Sekiranya terdapat kesilapan atau anda ingin mengubah maklumat dalam borang permohonan, anda boleh mengemaskininya dengan mudah.
Klik disini untuk mengemaskini Permohonan Online Kemasukkan ke IPTA untuk Lepasan Matrikulasi/Asasi, STPM dan STAM
Klik disini untuk mengemaskini Permohonan Online Kemasukkan ke IPTA untuk Lepasan Diploma / Setaraf
Kelapan - Cetak borang permohonan anda dalam laman semakan untuk mengesahkan permohonan anda. Simpan untuk kegunaan anda.
Anda sudahpun melengkapkan segala-galanya yang perlu untuk memohon ke IPTA. Saya ucapkan semoga berjaya dalam segala bidang yang anda ceburi.
p/s : Tarikh tutup 4 APRIL 2011
In : Sembang-sembang dan tip masakan
Tags: permohonan kemasukkan ke ipta untuk lepasan stpm stam diploma matrikulasi asasi untuk sesi 2011 2012 panduan permohonan upu online aplikasi atas talian no unik id
blog comments powered by Disqus



