Memang saya lebih suka pendidikan di kolej vokasional dan sekolah menengah teknik berbanding sekolah akademik yang lain. Tetapi bergantung juga kepada bidang yang dipilih. Sudah tentu saya lebih suka bidang yang menjurus kepada keusahawanan. Bukan bermaksud bidang perniagaan seperti pengurusan perniagaan, perbankan, perakaunan, pemasaran dan lain-lain. Maksud saya, bidang yang boleh menjadikan anda seorang usahawan. Ambil bidang perbankan dan kemudian makan gaji di bank pun tak guna juga. Lain la kalau anda mampu membuka syarikat perbankan yang baru. Umumnya semua bidang memungkin anda menjadi seorang usahawan bergantung kepada keupayaan dan minat anda. Contohnya ambil bidang bakeri untuk membuka kedai roti dan bukan bekerja di kedai roti. Ambil bidang agroindustri untuk menjadi petani dan penternak moden dan bukan bekerja di jabatan pertanian atau fama atau mardi.

Permohonan ke kolej vokasional dan sekolah teknik kemasukkan 2013 telahpun dibuka mulai 24 September 2012 untuk pelajar yang menduduki PMR tahun ini. Tapi sebelum itu, semak dulu senarai kolej vokasional dan sekolah menengah teknik yang menyediakan bidang yang anda minati.

Klik disini untuk download senarai kolej dan sekolah serta bidang yang disediakan

Dah buat keputusan, bolehlah memohon secara online atau dalam bahasa Melayu, Applikasi Atas Talian. Mudah sahaja memohonnya. Tak banyak yang perlu diisi kerana maklumat akademik anda seperti keputusan peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar sentiasa dalam simpanan Kementerian Pendidikan. Jadi hanya perlukan nombor kad pengenalan dan angka giliran je.

Klik disini untuk ke memohon ke kolej vokasional dan sekolah menengah teknik kemasukkan 2013

Kepada ibubapa yang inginkan anak mereka berjaya, bantu mereka membuat keputusan. Jangan sesekali memaksa mereka mengambil bidang yang tidak mereka minati. Beri kefahaman kepada mereka dari segi bidang yang baik untuk dipilih, hala tuju selepas belajar dan gambaran kerjaya yang boleh mereka ceburi. Saya doakan kejayaan anda semua.