Apakah alasan-alasan yang sering kita dengar apabila ditanya mengapa tidak menjalankan ibadah korban? Ada yang kata, tak tahu mana nak beli lembu atau kambing. Ada yang kata, tak tahu macam mana nak uruskan haiwan yang akan dikorbankan. Ada juga yang kata, tak tahu dan tak ada siapa yang boleh membantu menguruskan penyembelihan. Dan paling ramai yang berkata, tak cukup modal atau belum berkemampuan lagi. Apa pula alasan anda? Mari kita bincangkan bersama-sama.

Walaupun ibadah korban ini bukanlah wajib, tetapi ia adalah sunat yang sangat-sangat dituntut iaitu sunat mu’akad. Walaubagaimanapun bagi yang bernazar, hukumnya adalah wajib. Cuba perhatikan diri anda. Adakah anda mendapat makanan dan minuman yang mencukupi setiap hari? Adakah anda menukar telefon bimbit setiap tahun? Adakah anda bersyukur dengan rezeki yang anda perolehi? Untuk ini, anda tentukan sendiri adakah anda berkemampuan atau tidak untuk melakukan ibadah korban.

Zaman serba canggih sekarang ni, melakukan ibadah korban bukan lagi suatu masalah besar. Kalau anda rasa melakukan ibadah korban memerlukan modal yang besar, anda sebenarnya silap. Dengan RM230 sahaja, anda boleh mendapat satu bahagian lembu. Tak perlu susah payah menyembelih. Tak perlu mencari sesiapa untuk berkongsi seekor lembu. Tak perlu risau jika tak tahu kemana hendak diagihkan daging korban. Jika anda boleh menukar telefon bimbit setiap tahun, tak mustahil untuk anda melakukan ibadah korban setiap tahun. Insya Allah, pengorbanan anda akan diterima olehNya dan dilimpahi ganjaran yang berlipat kali ganda. Katak bawah tempurungpun boleh melakukan ibadah korban.

Inilah yang ingin saya ceritakan iaitu mengenai program eQurban dimana anda boleh melakukan pesanan untuk melakukan ibadah korban secara online. Apa yang perlu anda sediakan hanya modal serendah RM230 sahaja. Urusan lain daripada mencari lembu atau kambing korban sehinggalah kepada penyembelihan dan pengagihan semuanya akan diuruskan oleh syarikat yang dipertanggungjawabkan. Dibawah ini adalah senarai harga yang ditetapkan untuk kemudahan anda.

1 bahagian lembu = RM230.00
1 ekor lembu = RM1600.00
1 ekor kambing = RM500.00


Sangat mudah melakukan pesanan secara online. Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah seperti dibawah.
  1. Klik disini untuk melawati website eQurban.
  2. Dalam website eQurban, klik butang tempahan.
  3. Lakukan pembayaran mengikut bahagian korban yang dikehendaki. Nombor akaun bank ada disertakan dalam website tersebut. Boleh transfer wang menggunakan online banking atau pergi ke kaunter bank.
  4. Setelah pembayaran dilakukan, klik borang bukti pembayaran. Masukkan data yang diperlukan seperti Nama anda, email, No. Telefon dan Nama Peserta Korban dan hantar.
Pihak syarikat akan melakukan ibadah korban bagi pihak anda. Mereka akan mengambil gambar setiap lembu yang dikorbankan bersama senarai peserta korban untuk setiap lembu dan dihantar kepada anda bersama sijil sebagai bukti ibadah korban telah dilaksanakan. Tempahan akan ditutup seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha. Jadi bertindak sekarang sebelum terlupa.

Kalau macam ni punya senang, setiap tahun pun boleh melakukan korban. Jemputlah kawan-kawan sekerja bersama-sama melakukan korban. Bagi orang bujang tu, pejamkan mata je, keluarkan RM230 untuk diri sendiri dan jangan fikirkan hal lain. Semoga kita sentiasa diberkati dan dirahmatiNya.