Sekarang ni saya masih lagi berada di Kayu Ara Pasong, Pontian. Acara masih lagi berjalan jadi tak dapat la nak tulis banyak-banyak. Saya akan berada disini sehingga  hari Ahad 7 Nov 2010. Kepada yang menghantar email kepada saya untuk segala urusan, saya harap dapat bersabar sehingga hari Isnin untuk saya uruskan. Saya akan cuba post beberapa keping gambar sekitar aktiviti disini setiap hari.

Sampai je kat sini, kami dah dihidangkan dengan nasi dan beberapa lauk kampung. Tak lupa kuih muih berbagai jenis. Ada agar-agar, buah melaka, kerepek, maruku, karipap dan macam-macam lagi. Kiranya sepanjang majlis hari ni, lepas makan, makan lagi. Lepas makan lagi, makan lagi lagi.

Makan malam dihidangkan dengan ketupat bersama-sama lauk pauknya. Terlalu banyak nak di rasa. Ada juga hidangan yang tak pernah saya tengok seperti sambal taucu. Makan sampai tak larat. Rendang daging memang first class. Tak sangka lak sesedap tu.

Lepas maghrib diadakan majlis tahlil dan doa untuk kaum keluarga kami yang telah dulu kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas mereka semua.

Pukul 9 malam baru diadakan majlis suaikenal. Setiap cabang anak-anak Hj Omar Mardhan bergilir-gilir memperkenalkan ahli keluarga masing-masing. Ada yang cuma 4 orang sahaja dan ada juga yang separuh dewan. Meriah sungguh mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Lebih menyeronokkan bila hampir semua ahli keluarga mereka dapat datang. Kenapa la keluarga saya tak sporting macam mereka tu. Ajak jumpa saudara-mara pun tak nak. Kalau kena bayar, lagi la tak nak. Hanya mementingkan diri sendiri je.